Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj binatang yg hidup di air (berkulit keras, berkaki sepuluh, dan berekor); jenis-jenisnya: ~ galah, ~ geragau, ~ kara, ~ karang, ~ kertas, ~ laut, ~ laut lebar, ~ lubuk, ~ siar, dll; ~ kering udang yg dikeringkan; bongkok ~ melengkung badannya spt udang; kepala ~ ki bodoh benar; keropok ~ keropok yg dibuat drpd udang; pulut ~ sj makanan drpd pulut yg berintikan udang yg bercampur dgn kelapa yg diparut; ~ hendak mengata(i) ikan prb kesalahan orang lain tampak tetapi kesalahan sendiri tidak disedari; ~ merentak dlm tangguk prb orang yg tidak tetap laku dan kedudukannya; ~ tak tahu dibongkoknya prb orang yg tidak insaf dgn kekurangan diri sendiri; bagai ~ dlm tangguk prb a) menggeletek-geletek kerana kesukaan; b) dlm kesukaran; bagai ~ tahi di kepala prb banyak hutangnya; banyak ~ banyak garamnya, banyak orang banyak ragamnya prb kegemaran (kemahuan, fikiran, dll) tiap-tiap orang itu tidak sama; berudang ada udang, terdapat udang; ~ di balik batu prb ada sesuatu yg tersembunyi drpd yg dilahirkan dgn mulut atau dgn perbuatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata udang I

Puisi
 

Anak udang,
     udang juga,
Tak boleh dibuat anak tenggiri;
     Anak orang,
orang juga,
     Tak boleh dibuat anak sendiri.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Udang merentak dalam tangguk.

Bermaksud :

Tidak tenteram (gelisah, susah dan sebagainya). (Biasa juga: Udang dalam tangguk).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
BIO, UBAT) allelotype (alelotip) Kekerapan alel dalam populasi membiak. (BIO) allergen (alergen) Bahan asing dalam makanan yang menyebabkan berlakunya alahan apabila bersentuhan dengan tisu badan yang sensitif. Contohnya, protein dalam udang, telur atau daging. Lihat juga allergy. (BIO, TEKMA) allergy (alergi/alahan) Tindak balas tisu yang berubah secara luar biasa yang biasanya disebabkan oleh sentuhan protein asing dengan tisu badan yang sensitif

Kembali ke atas