Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.ngi] | واڠي

Definisi : 1. sangat sedap baunya, harum; air (minyak) ~ air (minyak) yg harum baunya; serai ~ serai yg harum baunya; 2. ki terkenal, harum: namanya menjadi ~ di seluruh negeri; wangi-wangian segala sesuatu yg harum, bau-bauan yg harum; berwangi-wangian memakai wangi-wangian: si isteri juga digalakkan ~ ketika suami berada di rumah; mewangi berbau harum, semerbak harum: sbg batik Lasam, makin dibasuh makin ~ baunya; mewangikan menjadikan wangi, meng­harumkan: teh ini dibubuh sehiris limau nipis yg bertikam cengkih, bukan utk menghiasnya tetapi utk ~nya; wangian bau (minyak) wangi: lebih semerbak drpd ~ kasturi; kewangian perihal wangi, bau wangi, ke-haruman; ewangi sesuatu yg mewangikan (menjadikan berbau wangi), pengharum: di Mesir, upacara keagamaan, terutama kematian mestilah dilengkapi dgn penggunaan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.ngi] | واڠي

Definisi : ; akar ~ = rumput ~ sj tumbuhan (rumput), naga setu, narwastu, Vetiveria zizanioides. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.ngi] | واڠي

Definisi : 1 harum (bkn bau): air (minyak) ~ air (minyak) yg harum baunya; serai ~ serai yg harum baunya. 2 ki terkenal: Kerana sifatnya yg dermawan itu, namanya ~ di seluruh negara. mewangi berbau harum; semerbak: Apabila cempaka itu berbunga, baunya ~ di seluruh taman. mewangikan menjadikan wangi; mengharumkan. wangi-wangian segala yg berbau wangi; bau-bauan (yg wangi). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wangi (adjektif)
1. Bersinonim dengan harum: sedap baunya, resi, raksi,
Berantonim dengan busuk

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan terkenal, terkemuka, termasyhur, terbilang, terpandang, ternama, tersohor,
Berantonim dengan biasa

Kata Terbitan : mewangi, wangi-wangian, kewangian,

Puisi
 

Manis sungguh gula kabung,
     Hendak wangi dicampur pandan;
Putus tali boleh disambung,
     Putus kasih merana badan.


Lihat selanjutnya...(11)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
KIM) ethylene dibromide (etilena dibromida) Alkil halida (BrCH 2 CH 2 Br), takat beku 9°C, takat didih 131°C, wujud dalam bentuk cecair yang tidak berwarna, tidak terbakar, berbau wangi, bersifat karsinogen dan beracun. Etilena dibromida diperoleh daripada tindak balas bromin dengan etilena. Sebatian ini digunakan dalam sintesis bahan organik dan sebagai pelarut umum, pewasap bijirin dan pokok tanaman untuk

Kembali ke atas