Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[za.man] | زمان

Definisi : 1. jangka masa (sama ada panjang atau pendek), tempoh atau jangka masa tertentu (yg ada sesuatu keistimewaannya atau pertaliannya), masa: ~ pemerintahan British di Malaya; akhir ~ penghabisan masa kehidupan manusia di dunia ini; ketinggalan ~ sudah tidak sesuai lagi dgn keadaan; meninggalkan ~ sl mati; 2. kala, ketika, waktu: semenjak ~ Hamzah Fansuri hingga membawa kpd kurun ke-20, bentuk syair tetap tidak berubah; 3. = umur ~ ark umur; ~ air batu = ~ ais masa ketika air batu menutupi hampir seluruh kawasan muka bumi yg terletak di utara garisan khatulistiwa; ~ atom masa orang menggunakan tenaga atom utk bermacam-macam keperluan atau tujuan; ~ bahari (kawi, kuno) masa yg telah lama, lampau atau berlalu, dahulukala; ~ batu zaman ketika manusia menggunakan batu sbg senjata atau alat; ~ dahulu (jangka) masa yg telah lama berlalu, dahulukala, masa lampau; ~ depan (muka) masa yg akan datang; ~ gangsa = ~ perunggu zaman selepas zaman batu (pd masa senjata dll dibuat drpd gangsa); ~ gemilang masa yg makmur, masa terdapatnya kemajuan yg luar biasa (dan kemakmuran); ~ gerhana = ~ malap ki tempoh masa kurang berhasil (perniagaan, penulisan, dsb); ~ jahiliah masa sebelum lahir agama Islam (di negeri Arab); ~ meleset masa susah (barang-barang dagangan tidak laku dsb); ~ pendudukan masa sesebuah negara diduduki oleh tentera asing; ~ pertengahan zaman antara zaman purbakala dgn zaman baru (dlm sejarah Eropah); ~ puntung berasap zaman kuno; ~ purbakala zaman dahulukala; ~ sekarang (pd) masa sekarang ini; ~ beralih, musim bertukar prb sesuatu itu tidak tetap (sentiasa berubah-ubah); sezaman pd zaman yg sama; berzaman-zaman, berzaman (meliputi jangka masa yg) sangat lama; zaman-berzaman (berterusan, berpanjangan) dr suatu zaman ke suatu zaman, sepanjang atau untuk jangka masa yg sangat lama: motif Islam yg telah wujud ~, iaitu geometri; banyak negara lain yg telah lama menjalankan usaha demikian ~; penzamanan perbuatan (proses) membahagikan sejarah kpd beberapa zaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[za.man] | زمان

Definisi : jangka waktu yg agak lama; masa: Pd ~ Jepun dahulu, kehidupan sangat susah. ketinggalan ~ sudah tidak sesuai dgn keadaan semasa. ~ air batu zaman ketika air batu menutupi sebahagian besar muka bumi. ~ atom masa atau zaman manusia menggunakan tenaga atom utk pelbagai keperluan atau tujuan. ~ batu zaman manusia menggunakan batu sbg senjata atau alat-alat. ~ gangsa zaman selepas zaman batu. ~ gemilang masa yg makmur. ~ jahiliah zaman sebelum munculnya agama Islam. ~ purbakala (dahulu) zaman yg telah lama (lampau). ~ sekarang masa sekarang ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
zaman (kata nama)
1. Bersinonim dengan jangka masa: tempoh masa, era,

2. Bersinonim dengan kala: ketika, waktu, masa,

Kata Terbitan : berzaman-zaman, berzaman, zaman-berzaman,

Puisi
 

Kota ini kota di tanah,
     Mati kijang ditanduk rusa;
Zaman ini zaman fitnah,
     Mati muda tiada berdosa.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Zaman Tuk Nadur berkajang kain.

Bermaksud :

Zaman yang telah lalu; sudah lama sekali.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
pelvis cicak atau order Ornithischia, iaitu dinosaur yang lengkungan pelvisnya keli- hatan seakan-akan lengkungan pelvis unggas. Haiwan yang sudah lama pu- pus ini merupakan kumpulan haiwan yang dominan pada zaman Jurasik dan Kretaseus. Sesetengah spesies haiwan ini merupakan haiwan daratan terbesar yang pernah wujud di muka bumi, namun terdapat juga yang saiznya sekecil burung merpati. (BIO) dioctyl phthalate (dioktil ftalat

Kembali ke atas