cast-in-situ | tuang di situ | Alam Bina | Tiada | Kaedah membina struktur dengan cara menggunakan konkrit atau lepaan yang dituangkan terus ke tempat binaan. |
building design | reka bentuk bangunan | Alam Bina | Tiada | Perancangan dan perekaan sesebuah bangunan untuk memenuhi keperluan ruang, keselesaan pengguna, ciri-ciri estetik dan sebagainya. |
bending moment | momen lentur | Alam Bina | Tiada | Ukuran daya yang diperlukan untuk mematahkan rasuk melalui lenturan. |
cluster house | rumah kelompok | Alam Bina | Tiada | Kumpulan kediaman yang dinding sisi dan dinding belakangnya bercantum |
casting | penuangan | Alam Bina | Tiada | Proses membentuk sesuatu bahan dalam acuan. |
building economics | (ilmu) ekonomi bangunan | Alam Bina | Tiada | Bidang ilmu yang mengkhusus tentang penggunaan optimum sumber-sumber yang digunakan dalam pembinaan bangunan. |
bentonite slurry | buburan bentonit | Alam Bina | Tiada | Buburan daripada bentonit yang mempunyai sifat mengembang atau mengecut dengan kadar yang tinggi. |
clustered form | rupa bentuk kelompok | Alam Bina | Tiada | Rupa bentuk keseluruhan yang terdiri daripada bentuk yang disepadukan. |
cat ladder | janjang samping | Alam Bina | Tiada | Tangga yang dibina secara menegak untuk menjimatkan tempat dan mengelakkan kerosakan kemasan bumbung dan sebagainya. |
building engineering | kejuruteraan bangunan | Alam Bina | Tiada | Sub bidang ilmu kejuruteraan yang mengkhusus tentang aspek-aspek perkhidmatan bangunan, teknologi binaan dan infrastruktur. |