kuku helang | kuku helang | Kesenian | Tiada | Motif ukiran berunsur haiwan berbentuk kuku burung helang, lazimnya diukir pada sarung keris atau hulu parang. |
falconry | falkonri | Sukan | Tiada | Sukan berburu menggunakan burung helang atau falkon yang dilatih untuk memburu burung dan haiwan kecil lain. |
altricial | altrisial | Biologi | Ekologi | Berkaitan dengan anak haiwan yang tidak berbulu dan tidak bermaya ketika lahir, dan memerlukan penjagaan induk. Misalnya, anak burung helang dan burung hantu. |
nidicolous | nidikolus | Biologi | Ekologi | Berkaitan dengan anak burung yang tidak bermaya dan biasanya tidak berbulu dan buta, selepas sahaja menetas. Oleh itu anak burung ini harus diberi makan dan dijaga di dalam sarang oleh ibunya selama beberapa hari atau minggu, selepas menetas. Misalnya, burung helang. Bandingkan nidifugus. |
wau helang | wau helang | Kesenian | Tiada | Wau yang menyerupai burung khususnya di bahagian ekor dan berasal dari Perlis. |
sea eagle | helang laut | Perikanan | Tiada | Sejenis burung daripada famili Accipitridae, genus Haliaeetus. Burung ini berhijrah beribu-ribu kilometer sebelum mendarat atau berenang di permukaan air. Antara faktor penghijrahan burung ini ialah perubahan musim, pemakanan dan pembiakan. Helang laut gemar memakan hidupan akuatik yang terapung di permukaan air seperti sotong, anak-anak ikan atau udang baring (udang geragau). Burung ini juga kerap menjadi mangsa kepada pemangsa laut seperti jerung. Kehadiran helang laut di sesuatu kawasan menjadi produk pelancongan berteraskan ekologi. |
supertype | superjenis | Teknologi Maklumat | Perisian | Entiti atau set objek yang mengandungi subjenis dalam hieraki keseluruhan. Entiti atau set objek dengan jenis mantik yang sama dihuraikan mengikut hieraki subjenis. Contohnya, entiti burung yang merupakan superjenis boleh terdiri daripada subjenis murai, helang, kakak tua, gagak dan tiung. Lihat juga subjenis. |