Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
building maintenancesenggaraan bangunanKejuruteraanKejuruteraan BangunanKerja-kerja pembaikan ke atas struktur bangunan yang mengalami kerosakan akibat daripada kesan penggunaannya.
finishes/dressedkemasanKesenianSeni BinaKerja-kerja menyudahkan dan memperkemas sesuatu permukaan struktur bangunan supaya menjadi licin, rata, cantik dan sebagainya. Kemasan biasanya dilakukan pada peringkat akhir pembinaan bangunan bagi memastikan kesempurnaannya. Beberapa jenis kemasan boleh dilakukan pada sesebuah bangunan berdasarkan bahan-bahan yang digunakan. Secara umumnya, kebanyakan bangunan bata dan konkrit dikemaskan, antaranya dengan menggunakan bahan-bahan seperti plaster, plaster Paris, cat air dan cat minyak, manakala kemasan bagi pembinaan kayu pula menggunakan bahan-bahan seperti syelek, lilin dan lekar plastik.
building controlkawalan bangunan; kawalan pembinaanSosiologiTiadaSpesifikasi yang diperuntukkan oleh undang-undang pihak berkuasa tempatan dari segi reka bentuk bangunan dan kerja-kerja pembinaan bagi menjamin sesebuah bangunan itu selamat diduduki.
building controlkawalan bangunanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSpesifikasi yang diperuntukkan oleh undang-undang pihak berkuasa tempatan dari segi reka bentuk bangunan dan kerja-kerja pembinaan bagi menjamin sesebuah bangunan itu selamat diduduki.
exposed gridgrid dedahKejuruteraanKejuruteraan BangunanGrid yang boleh dilihat dari arah bawah apabila kerja-kerja pembinaan kerja rangka siap dilaksanakan.
detail drawinglukisan terperinciKesenianSeni BinaLukisan berskala bagi kerja-kerja membina sesebuah bangunan atau struktur. Lukisan ini diperlukan oleh pihak berkuasa tempatan atau agensi yang berkaitan bagi tujuan kelulusan. Lukisan ini mengandungi butiran lengkap mengenai bangunan yang akan dibina seperti saiz, lokasi dan kegunaan ruang-ruang, termasuk kedudukan pintu masuk, tingkap, tangga, dapur, bilik dan sebagainya.
dilapidated reportlaporan keusanganKesenianSeni BinaLaporan penilaian tentang tahap keusangan sesebuah bangunan. Laporan ini merupakan kenyataan tunjuk sebab yang memberikan peluang kepada pemilik untuk menyatakan mengapa mereka perlu atau tidak perlu menjalankan kerja-kerja membaik pulih bangunan tersebut. Penilai dan pemilik bangunan boleh berunding mengenai hasil penilaian bangunan bagi memuaskan hati kedua-dua pihak sebelum kerja-kerja pembaikan dibuat.
formalismformalismeKesenianSeni BinaPendekatan dalam seni bina yang menekankan bentuk sesuatu bangunan. Arkitek yang menggunakan pendekatan ini sering menghubungkan unsur-unsur visual antara bahagian-bahagian bangunan dengan kerja-kerja reka bentuknya secara keseluruhan. Seni bina formalisme sangat mementingkan penggunaan garis dan bentuk-bentuk geometri. Formalisme pada bangunan moden banyak ditemui pada bangunan Bauhaus dan dalam gaya seni bina antarabangsa.
building tradesketukangan bangunanAlam BinaTiadaPengelasan kerja-kerja binaan mengikut bidang kemahiran tertentu misalnya ketukangan kayu, ketukangan besi, ketukangan bata dan sebagainya.
scaffoldperancahKesenianSeni BinaStruktur yang digunakan untuk menyokong beban bergerak semasa kerja-kerja pembinaan dilakukan. Sruktur ini dipasang di sekeliling bangunan bagi membantu memudahkan pergerakan pekerja binaan, terutamanya semasa berada pada aras bangunan yang tinggi. Struktur ini bersifat sementara dan diperbuat daripada bahan-bahan seperti kayu, keluli atau aluminium.
123456789

Kembali ke atas