un | un | Muzik | Tiada | Un bermaksud satu. Contohnya, una corda yang bermaksud satu tali dan merupakan arahan kepada pemain piano supaya memijak pedal di sebelah kiri sekali. |
quasi | quasi | Muzik | Tiada | Quasi bermaksud menyerupai atau hampir sama dengan sesuatu bentuk muzik. Contohnya, sonata quasi una fantasia, dalam karya sonata, bererti sonata tersebut dimainkan dalam gaya persembahan yang menyerupai sebuah fantasia. |
cavatina | kavatina | Muzik | Tiada | 1. Sejenis aria pendek dalam opera abad ke-18. Kavatina biasanya mengandungi satu strophe sahaja dan tidak melibatkan bahagian ulangan. Contohnya, Una voce poco fa daripada opera Rossini yang bertajuk // barbiere di Siviglia (1816).
| dramatic structure | struktur dramatik | Kesusasteraan | Tiada | Struktur yang dirancang oleh pengarang dalam karya sastera untuk memberikan kesan tertentu pada karya tersebut. Perancangan pengarang bertujuan untuk menyelesaikan konflik dalam sesebuah karya sastera, khususnya novel dan drama. Perancangan ini terdiri daripada lima bahagian, iaitu pengenalan, aksi menaik, klimaks, aksi menurun, dan penyelesaian. Kelima-lima bahagian ini ditentukan oleh konflik yang menjadi dasar perancangan tersebut. Struktur dramatik ini berasaskan struktur drama tragedi Yunani. Dalam perkembangan seterusnya, struktur ini tidak lagi diakari dengan tegar oleh pengarang-pengarang moden. Contohnya, drama berjudul No Exit oleh John-Paul Sartre, dan drama Dinsman tertajuk Una tidak lagi memperlihatkan struktur drama ini. |