alkali | alkali | Veterinar | Tiada | Bahan yang larut di dalam air, menukarkan litmus biru menjadi merah, berasa pahit dan mempunyai nilai pH yang lebih daripada 7. Alkali kuat ialah alkali yang terion sepenuhnya dalam larutan. Contohnya, natrium hidroksida terion sepenuhnya lalu menghasilkan ion Na+ dan OH-. Alkali lemah ialah alkali yang terion separa dalam larutan. Contohnya, hanya sebahagian sahaja daripada ammonium hidroksida dalam larutannya terion kepada ion NH4+ dan OH-. Alkali pada umumnya ialah hidroksida, oksida, karbonat atau bikarbonat losen. |
caustic alkali | alkali kaustik | Kimia | Tiada | Alkali yang diperoleh apabila natrium atau kalium hidroksida larut di dalam air. |
alkali | alkali | Kimia | Tiada | Bes yang larut di dalam air lalu membentuk larutan berakali, mempunyai pH>7 dan menghasilkan ion hidroksil, OHˉ. |
alkali | alkali | Perubatan | Tiada | 2. Larutan bes yang meneutralkan asid lalu membentuk garam dan air |
alkali metal | logam alkali | Kimia | Tiada | unsur logam yang tergolong dalam kumpulan IA (atau 1) jadual berkala dan terdiri daripada kalium, natrium, litium, rubidium, sesium, dan fransium. Logam alkali bersifat lembut, berwarna putih perak, dan mudah meruap apabila dilakurkan. Kesemua ahli kumpulan mempunyai struktur elektron yang serupa, iaitu terdapat satu elektron dalam orbital paling luar dan elektron ini mudah dibebaskan. Oleh itu, logam ini merupakan agen penurunan yang kuat, bertindak cergas dengan air, dan sangat reaktif. |
hard water | air liat | Kimia | Tiada | Air yang mengandungi garam alkali bumi seperti garam kalsium, garam magnesium atau sebagainya. Air ini tidak berbuih dengan sabun. Keliatan sementara air ini kerana mengandungi garam kalsium bikarbonat, dapat dihilangkan dengan cara pendidihan, sedangkan keliatan kekalnya kerana mengandungi garam kalsium, atau garam magnesium dapat dihilangkan dengan cara pertukaran ion atau dengan menggunakan detergen. |
hard water | air liat | Kimia | Biokimia | Air yang mengandungi garam alkali bumi seperti garam kalsium, garam magnesium atau sebagainya. Air ini tidak berbuih dengan sabun. Keliatan sementara air ini kerana mengandungi garam kalsium bikarbonat, dapat dihilangkan dengan cara pendidihan, sedangkan keliatan kekalnya kerana mengandungi garam kalsium, atau garam magnesium dapat dihilangkan dengan cara pertukaran ion atau dengan menggunakan detergen. |
empennage | empenaj | Aeroangkasa | Tiada | Keseluruhan bahagian ekor pesawat udara.,Pesawat pengangkut yang berkeupayaan untuk mencapai kelajuan supersonik. Contohnya Concorde.,ditolak dengan berat kosong.,Keseluruhan bahagian ekor pesawat udara.,Bahan yang larut di dalam air, menukarkan litmus biru menjadi merah, berasa pahit dan mempunyai nilai pH yang lebih daripada 7. Alkali kuat ialah alkali yang terion sepenuhnya dalam larutan. Contohnya, natrium hidroksida terion sepenuhnya lalu menghasilkan ion Na+ dan OH-. Alkali lemah ialah alkali yang terion separa dalam larutan. Contohnya, hanya sebahagian sahaja daripada ammonium hidroksida dalam larutannya terion kepada ion NH4+ dan OH-. Alkali pada umumnya ialah hidroksida, oksida, karbonat atau bikarbonat losen. |
beta-chlorovinyldichloroarsine | beta-klorovinildikloroarsin | Kimia | Forensik | Formula kimia, C2H2CI3 As. Cecair tanpa warna apabila tulen, yang terllrai oleh air dan alkali. Bahan ini bertindak sebagai racun sistemik yang menyebabkan edema pulmonari, cirit-birit, keresahan, kelemahan, suhu badan di bawah aras normal, dan tekanan darah rendah. Laluan kemasukan lazim ke dalam tubuh ialah melalui okulus, kulit dan penyedutan. Apabila disedut dalam kepekatan yang tinggi, ia boleh menyebabkan kematian dalam tempoh sesingkat 10 minit. Nama lain ialah agen lepuh. |
soft water | air lembut | Farmasi | Tiada | Air yang mengandungi kepekatan rendah garam alkali bumi seperti kalsium, magnesium dan ferum. Air ini mudah berbuih dengan sabun. |