Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kata penghubung utk menyatakan hal-hal yg agak berlawanan (bertentangan): budak itu pandai ~ pemalas; dia pemarah ~ hatinya baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tetapi (kata tugas)
Bersinonim dengan namun, sebaliknya, melainkan, kecuali.,

Peribahasa

Sayangkan titik,
     tak sayangkan tumpah.

Bermaksud :

Si bodoh yang kikir takut akan rugi yang sedikit, tetapi tidak kira akan rugi yang banyak.

 

Lihat selanjutnya...(28)

534

Slow but sure wins the race

Orang yang melakukan sesuatu dengan perlahan-lahan tetapi berterusan akan berjaya mencapai maksudnya berbanding dengan orang yang bertindak tergesa-gesa.

Biar lambat laga, asal menang

In the pressing need to attain the result, we could not rush things. An investigation of this nature required meticulous work. Thus, we were well aware that slow but sure wins the race because it was too easy to overlook the vital clues.

Dalam keperluan mendesak untuk mendapatkan keputusan, kami tidak boleh bertindak tergopoh-gapah. Penyiasatan seperti itu perlu dilakukan dengan amat teliti. Oleh itu, kami sedar bahawa biar lambat laga, asal menang kerana terlalu mudah untuk kami terlepas pandang akan bukti penting yang ada.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(64)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flexitarian dietdiet fleksitarianKesenianTiadaGaya pemakanan yang lebih mengutamakan makanan berasaskan tumbuhan, akan tetapi masih memakan makanan yang berasaskan haiwan dalam kuantiti yang sedikit.
sugar free energy drinkminuman tenaga bebas gulaMakanan dan PemakananMakananMinuman yang tidak memberikan tenaga kepada badan dari segi kalori, akan tetapi merangsang badan untuk membakar tenaga.
hurricane wavegelombang hurikanSainsHidrometeorologienaikan tiba-tiba aras aut yang berkaitan dengan hurikan, sebagaimana yang dialami di pulau dan sepanjang pesisir. Di kawasan latitud rendah, gelombang hurikan nampaknya terjadi berhampiran pusat ribut. Akan tetapi apabila hurikan bergerak kekawasan latitud tinggi, gelombang maksimum nampaknya semakin lebih berkaitan dengan separa bulatan yang bahaya sahaja.
typhoon wavegelombang taufanMeteorologiMeteorologi PerhubunganKenaikan tiba-tiba aras laut yang berkaitan dengan taufan, sebagaimana yang dialami di pulau dan sepanjang pesisiran pantai. Di kawasan latitud rendah, gelombang taufan terjadi berhampiran pusat ribut. Akan tetapi apabila taufan bergerak ke kawasan latitud tinggi, gelombang maksimum lebih dikaitkan dengan separa bulatan bahaya sahaja.
cpnduit wiringpendawaian pembuluhTeknikElektrikSistem pendawaian elektrik yang menggunakan pembuluh, sama ada pembuluh tegar atau boleh lentur. Pendawaian jenis ini dapat memberi perlindungan mekanik kepada dawai, tahan perubahan cuaca atau suhu, mengurangkan bahaya kebakaran, dan kabelnya mudah ditukar ganti. Akan tetapi, pendawaian pembuluh sukar untuk disiapkan, belanja pemasangannya tinggi dan memerlukan pekerja mahir, serta tidak kemas.
thermoplastic elastomertermoplastik elastomerKejuruteraanPolimerSing. TPE. Termoplastik yang bersifat seperti elastomer, iaitu bahan yang sangat bingkas dan boleh diregang sehingga dua kali ganda kepanjangannya berulang kali, dan kembali dengan cepat kepada kepanjangan asal selepas tegasan dibebaskan. Akan tetapi, ia juga bersifat termoplastik, iaitu ia tidak perlu diawet atau divulkankan. Oleh itu, termoplastik elastomer ialah bahan yang bersifat liat dan bingkas seperti getah, tetapi boleh diproses dengan mudah seperti termoplastik yang lain.
enantiomerenantiomerKejuruteraanPolimerMerujuk kepada molekul tak simetri yang mempunyai sepasang isomer yang berbayang cermin antara satu sama lain. isomer-isomer ini diberikan kata awalan dekstro dan levo, misalnya asid I-laktik dan asid d-laktik. Kedua-dua isomer ini mempunyai ciri fizikal yang sama, akan tetapi campuran 50-50 asid dl-laktik lebur pada suhu 20oC lebih rendah daripada enantiomer tulen.
equatorial troughpalung khatulistiwaSainsHidrometeorologiPalung tekanan rendah yang dangkal, umumnya berada di khatulistiwa dan sekitarnya, dan menandakan zon tumpuan udara yang bergerak ke khatulistiwa dan sekitarnya, dan menandakan zon tumpuan udara yang bergerak ke khatulistiwa dari antisiklon subtropika salah satu hemisfera. Palung khatulistiwa di atas lautan berada di dalam jalur doldrum dan bergerak ke utara dan selatan mengikut arah matahari dengan masa susul selama satu atau dua bulan. Akan tetapi, palung ini tidak merupakan corak tetap carta sinoptik di semua longitud pada semua masa sepanjang tahun; khususnya, palung ini biasanya tidak wujud di kawasan daratan di hemisfera utara musim panas.
equatorial troughpalung khatulistiwaMeteorologiMeteorologi PerhubunganPalung tekanan rendah yang dangkal, umumnya berada di khatulistiwa dan sekitarnya, dan menandakan zon tumpuan udara yang bergerak ke khatulistiwa dari antisiklon subtropika salah satu hemisfera. Palung khatulistiwa di atas lautan berada di dalam jalur doldrum dan bergerak ke utara dan selatan mengikut arah matahari dengan masa susul selama satu atau dua bulan. Akan tetapi, palung ini tidak merupakan corak tetap carta sinoptik di semua longitud pada semua masa sepanjang tahun; khususnya, palung ini biasanya tidak wujud di kawasan daratan di hemisfera utara musim panas.
effective terrestrial radiationsinaran bumi efektifSainsHidrometeorologiPerbezaan antara sinaran bumi inframerah yang keluar dari permukaan bumi dan sinaran balas inframerah yang masuk dari atmosfera. Perbezaan ini merupakan kuantiti positif yang bernilai beberapa perpuluhan langley (satu gram-kalori per sentimeter persegi) per minit pada keseluruhan hari (kecuali dalam keadaan awan mendung rendah). Maksimum harian biasanya terdapat pada waktu tengah hari apabila suhu tanih tinggi dan mengakibatkan kadar keluaran sinaran bumi yang tinggi. (Oleh itu, sinonimnya sinaran malam mudah menimbulkan kekeliruan). Akan tetapi, pada waktu siang, sinaran bumi efektif umumnya jauh berkurangan daripada penyuriaan manakala pada waktu malam, sinaran bumi efektif jauh lebih banyak daripada yang lain dalam imbangan tenaga permukaan bumi. Istilah ini juga dikenali sebagai sinaran malam atau sinaran efektif.
12345678910...

Kembali ke atas