warm sector | sektor panas | Sains | Hidrometeorologi | Kawasan di dalam peredaran siklon gelombang, yang padanya terdapat udara panas. Ia terletak di antara perenggan sejuk dengan perenggan panas ribut. Dalam kes tipikal, sektor panas terus menjadi kecil dan akhir sekali hilang (di permukaan) akibat penaupan. |
problem solving | penyelesaian masalah | Psikologi | Psikologi Umum | Usaha yang dilakukan oleh individu secara aktif dalam meneroka cara-cara untuk mendapatkan matlamat yang biasanya tidak mudah diperoleh. Penyelesaian masalah biasanya melibatkan tiga peringkat, iaitu persediaan, penghasilan dan penilaian. Dalam menyelesaikan masalah, individu biasanya akan mengenal pasti fakta, mengasingkan hal yang relevan daripada yang tidak relevan dan menetapkan matlamat akhir yang boleh menghasilkan beberapa jawapan sementara atau hipotesis. Dua langkah yang dikenal pasti untuk mencapai pembinaan hipotesis ialah algoritma dan heuristik. Akhir sekali, penilaian dibuat ke atas hipotesis yang dibina bagi menentukan sama ada memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam langkah pertama. Sekiranya satu atau lebih hipotesis menepati kriteria yang ditetapkan, maka masalah tersebut dapat diselesaikan. |
lumpsum pawn redeemtion | penebusan gadaian sekali gus | Ekonomi | Ekonomi Islam | Proses pengambilan semula barang gadaian oleh penggadai dengan cara membuat pembayaran sekali gus pada akhir tempoh matang gadaian. Penebusan dilakukan dengan melunaskan pinjaman serta membayar semua upah simpan dengan sekali bayaran sahaja. |
scoop neckline | garis leher skup | Kesenian | Tiada | Garis leher bulat dan lebar di bahu atau belakang atau hadapan dan atau kedua-duanya sekali. Diperkenalkan sebagai pakaian malam pada akhir tahun 1930-an. Sekarang dipakai sebagai pakaian harian. |
scoop neckline | garis leher skup | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Garis leher bulat dan lebar di bahu atau belakang atau hadapan dan atau kedua-duanya sekali. Diperkenalkan sebagai pakaian malam pada akhir tahun 1930-an. Sekarang dipakai sebagai pakaian harian. |
masculine rhyme | rima ekasuku | Kesusasteraan | Puisi | Rima yang terbentuk kesan daripada penggunaan diksi atau kata yang terdiri daripada ekasuku. Umpamanya penyair menggunakan kata jam, bah, pun, nun, yang, tak ,Jin dan lain� lain sama ada dalam baris mahupun di akhir baris sesebuah sajak. Namun dalam proses penciptaan sesebuah puisi itu, penyair jarang sekali menggunakan kata-kata yang terdiri daripada ekasuku itu bagi tujuan memunculkan unsur rima sama ada di tengah atau di akhir. Tambahan pula dalam kosa kata bahasa Melayu kata-kata yang terdiri daripada ekasuku itu jumlahnya amat kecil. |