translation | alihan | Mekanik | Gunaan | Gerakan tanpa putaran. Setiap garis pada jasad yang mengalami alihan adalah selari dengan kedudukan mulanya pada setiap masa. Putaran tidak berlaku pada mana-mana garis pada jasad itu. Semasa beralih, semua titik pada jasad itu mempunyai halaju ketika dan pecutan ketika yang sama. Dengan itu, gerakan jasad yang sedang mengalami alihan terperihal sepenuhnya oleh gerakan sebarang titik pada jasad itu kerana semua titik pada jasad itu mengalami gerakan yang sama. Istilah alihan ini kadangkala digunakan untuk memerihalkan gerakan zarah dan, dalam kes ini, alihan membawa maksud 'gerakan' semata-mata. Lihat juga alihan melengkung, alihan melurus. |
curvilinear translation | alihan melengkung | Mekanik | Gunaan | Alihan yang melibatkan setiap titik pada jasad bergerak dalam lengkung yang serba sama (bulatan selari) [Rajah A2]. Perhatikan bahawa alihan ini berbeza dengan 'putaran' kerana setiap zarah pada sesuatu jasad itu bergerak pada bulatan yang sepusat. Lihat juga putaran tulen. |
twinning displacement | alihan kembaran | Geologi | Tiada | Alihan dalam suatu hablur yang disebabkan oleh gelangsaran kembar. |
class switching | alihan kelas | Biologi | Genetik | lih. alihan kelas rantai berat. |
general plane motion | gerakan satah umum | Mekanik | Gunaan | Gerakan satah yang bukan alihan dan bukan putaran, tetapi merupakan gabungan daripada dua jenis gerakan ini. Semua gerakan satah umum dapat dileraikan kepada dua komponen, iaitu alihan dan putaran. Gerakan satah umum sesuatu jasad dapat diwakilkan oleh alihan suatu titik pada jasad itu dan putaran jasad itu di sekitar titik yang berkenaan. Lihat juga teorem Chasles. |
wave, oscillatory | gelombang berayun | Hidrologi | Tiada | Gelombang yang setiap zarahnya berayun di sekitar satu titik dengan hanya sedikit alihan atau tidak ada langsung alihan kekal ke arah jalaran gelombang. |
static stability | kestabilan statik | Sains | Hidrometeorologi | Keadaan atmosfera yang berkeseimbangan hidrostatik apabila berdasarkan alihan menegak, biasanya dikira dengan kaedah kompok. Kestabilan ini berlaku sekiranya kompok teralih dikenakan suatu daya apungan yang melawan daya alihan, umpamanya, suatu kompok teralih ke atas menjadi lebih sejuk daripada persekitaran barunya. Keadaan ini terjadi sekiranya T, dengan ialah kadar tukaran persekitaran dan T ialah kadar tukaran proses adiabatik kering bagi udara tak tepu dan adiabatik tepu bagi udara tepu. Frekuensi ayunan kompok teralih sekitar aras imbangannya ialah dengan ialah pecutan graviti, T suhu Kelvin, dan suhu keupayaan. Istilah ini juga dikenali sebagai kestabilan hidrostatik, kestabilan menegak, kestabilan olakan. |
translation | alihan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Pergerakan yang dilakukan secara lurus tanpa sebarang pergerakan putaran dan getaran. Contohnya, pergerakan zarah dalam medan aliran dan pemindahan tenaga. |
deviation | alihan | Sains Kesihatan | Tiada | Keadaan yang luar daripada normal. |
transient | zat alihan; fana | Fizik | Tiada | Tiada |