aromatherapy | aromaterapi | Herba | Fitokimia | Kaedah penjagaan kesihatan menggunakan minyak pati daripada bahagian beraroma tumbuhan seperti bunga, daun, kulit kayu dan akar kayu. Aromaterapi merupakan kaedah rawatan yang lembut dan holistik yang bertujuan untuk merawat keadaan fizikal dan emosi individu. Aromaterapi berpegang pada prinsip bahawa cara yang paling berkesan untuk merawat penyakit dan meningkatkan sistem imun tubuh adalah apabila minda dan tubuh badan berada dalam keadaan harmoni. Kaedah rawatan aromaterapi adalah seperti urutan, mandian wap dan pemakaian wangi-wangian daripada minyak pati asli. |
aromatherapy | aromaterapi | Herba | Tiada | Amalan perubatan komplementari yang menggunakan minyak pati daripada tumbuhan beraroma untuk meningkatkan tahap kesihatan dan keseimbangan tubuh, minda dan spiritual. Aromaterapi juga boleh digunakan untuk mencegah dan mengubati jangkitan. Komponen yang digunakan dalam aromaterapi adalah minyak pati, sulingan herba, seduhan herba dan minyak pembawa. Contoh minyak pati yang digunakan ialah ros, lavender, serai wangi, melur dan cendana. Pada masa kini aromaterapi diaplikasi dalam pelbagai produk seperti penyegar udara, syampu rambut, sabun mandian dan kosmetik. |
aromatheraphy | aromaterapi | Herba | Fitoterapi | Penjagaan kesihatan menggunakan minyak pati daripada bahagian beraroma tumbuhan seperti bunga, daun, kulit kayu dan akar kayu. |
complementary | pelengkap | Herba | Fitoterapi | Kaedah atau cara perubatan tradisional selain bioperubatan atau perubatan moden. Pelengkap terdiri daripada homeopati, aromaterapi dan perubatan herba. |
aromatic plant | tumbuhan beraroma | Herba | Fitokimia | Tumbuhan yang mempunyai bau pada mana-mana bahagiannya kerana mengandungi minyak pati. Contohnya, daun sirih dan serai wangi. Minyak pati yang terkandung di dalamnya terdiri daripada sebatian yang mudah meruap. Tumbuhan beraroma atau minyak pati yang dihasilkan daripada tumbuhan tersebut digunakan dalam industri minyak wangi, sebagai bahan perasa dan aromaterapi. Lihat juga minyak meruap. |
Leptospermum flavences | Cina maki | Pertanian | Tiada | Tumbuhan jenis renek dalam famili Myrtaceae. Tumbuh di kawasan hutan tanah tinggi hingga hutan gunung. Di habitat semula jadi tumbuhan ini kerdil dan cabangnya berkerekut seperti bongsai. Batangnya berwarna perang dan liat. Daunnya kecil dan bujur. Bunganya kecil berwarna putih. Sebatian kimianya ialah flaveson dan grandifloron. Daunnya digunakan untuk membaiki sistem penghadaman, menghilangkan sembelit dan menyingkir toksin dalam badan. Minyak pati daripada tumbuhan ini digunakan dalam rawatan aromaterapi. |
Leptospermum flavescens | cina maki | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis renek dalam famili Myrtaceae. Cina maki tumbuh di kawasan hutan tanah tinggi hingga hutan gunung. Dalam habitat semula jadi, tumbuhan ini kerdil dan cabangnya berkerekut seperti bongsai. Batangnya berwarna perang dan liat. Daunnya kecil dan bujur. Bunganya kecil berwarna putih. Sebatian kimianya ialah flaveson dan grandifloron. Rebusan daunnya digunakan untuk membaiki sistem penghadaman, menghilangkan sembelit dan menyingkirkan toksin dalam badan. Minyak pati daripada tumbuhan ini digunakan dalam rawatan aromaterapi. |
Aquilaria malaccensis | karas | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis pokok dalam famili Thymelaeaceae yang dikenali juga sebagai pokok depu dan kayu gaharu. Tumbuhan ini biasanya tumbuh di hutan tanah pamah hingga hutan bukit. Kulit batangnya boleh disiat memanjang, daunnya ringkas, tersusun berpusar dan permukaan atas daunnya berkilat. Bunganya kecil, berwarna hijau pucat dan beraroma. Buahnya berbentuk kapsul bersaiz kecil. Gaharu terbentuk dalam batang pokok yang telah terluka kemudian dijangkiti kulat. Jangkitan ini berwarna perang sehingga menjadi hitam dan mempunyai aroma yang kuat. Gaharu digunakan untuk mengatasi masalah penghadaman, jangkitan saluran pernafasan, demam dan sakit sendi. Minyak patinya digunakan sebagai pewangi dan bahan aromaterapi. |