auto-abstract | autoabstrak | Perpustakaan | Tiada | 1. Hasil terakhir daripada mesin yang menyediakan sesuatu petikan yang mengandungi ayat-ayat lengkap daripada sesuatu dokumen yang telah disarikan.,2. Memilih dan mengumpulkan kata-kata kunci daripada dokumen melalui kaedah mesin atau secara automatik untuk membentuk sari dokumen. |
order block | blok tertib | Kejuruteraan | Tiada | 1. Sekumpulan ayat komputer atau rekod yang dipindahkan keluar dari peralatan.,2. Bahagian storan yang dikhaskan untuk setiap keluaran. |
statement | pernyataan | Matematik | Tiada | Sejenis ayat yang sama ada benar atau palsu, tetapi bukan kedua-duanya. Contoh pernyataan: 2 kurang daripada 4. (benar). 2 kurang daripada 1. (palsu). Contoh ayat yang bukan pernyataan: Adakah segi tiga itu mempunyai sudut tegak? (bentuk soalan) Cantiknya segi tiga itu! (bentuk seruan) |
close | close | Kesenian | Tiada | 1. Close: Pengakhiran atau penutup frasa yang menjadi penanda kepada setiap ayat dalam muzik. Sinonim dengan istilah cadence. |
focal point | titik fokus . | Kesenian | Hiasan Dalaman | 1. Bahagian sesuatu objek yang paling menarik perhatian pemerhati di dalam ruang. Contohnya, lukisan atau ayat suci di ruang tamu. 2. Titik penting yang digunakan dalam unjuran lukisan perspektif atau lakaran. |
al-musāwāh 1"> | al-musāwāh 1"> | Kesusasteraan | Tiada | Keserasian antara lafaz dengan makna dalam perkataan. Perkataan yang digunakan hanya memberikan satu pengertian, dan tidak memberikan makna tersirat yang lain. Ada dua jenis al-musāwāh, iaitu al-musāwāh dengan pengecualian dan al-musāwāh tanpa pengecualian. Al-musāwāh dengan pengecualian bermaksud membebaskan perkataan dalam ayat daripada makna yang tidak jelas dengan menggunakan lafaz yang memberikan makna pengecualian. |
opening remark | kata alu-aluan | Komunikasi | Korporat | 1. Ucapan yang disampaikan oleh penganjur sesuatu acara untuk mengalu-alukan kehadiran khalayak. Ucapan biasanya mengandungi kata penghargaan, menjelaskan maksud acara, pernyataan hasrat supaya acara berjalan lancar, dan harapan agar khalayak berpuas hati dengan acara yang dianjurkan. Fungsi utama kata alu-aluan adalah untuk mewujudkan daya tarikan, menyemai keakraban, dan membina keyakinan khalayak terhadap organisasi. Ucapan biasanya disampaikan oleh ketua sesebuah organisasi atau wakil ketua organisasi. Tempoh penyampaian kata alu-aluan lebih singkat berbanding ucapan utama. Perkataan dan ayat yang digunakan oleh penyampai biasanya dipilih dan diolah secara strategik untuk memastikan ucapan tersebut mendapat perhatian. Sinonim ucapan alu-aluan. 2. Kata-kata yang ditulis dalam buku cenderamata untuk sesuatu acara atau majlis. Kata-kata biasanya ditulis oleh pihak yang bertanggungjawab secara langsung dengan acara atau majlis. Kata-kata ini biasanya ditulis oleh pihak yang bertanggungjawab secara langsung d |