Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bank yg mengawasi perjalanan ekonomi negara dgn cara mengawal pergerakan bank-bank perdagangan (import-eksport wang dll) dan menyimpan wang kerajaan serta bank-bank lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bank kepunyaan negara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
negara (kata nama)
Bersinonim dengan negeri, wilayah, provinsi, tanah air, tanah tumpah darah, benua, nusa, pura, zamin, bilad, balad, kawasan, zon, daerah, jajahan, taklukan empayar.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Bank Negara Malaysia billbil Bank Negara MalaysiaEkonomiEkonomi IslamSekuriti hutang jangka pendek yang cirinya hampir sama dengan bil perbendaharaan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Bil ini boleh dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia secara lelongan mengikut prinsip qardul hasan.
Bank Negara MalaysiaBank Negara MalaysiaEkonomiEkonomi IslamBank pusat bagi Malaysia yang bertanggungjawab sebagai pengeluar mata wang dan menyimpan rizab bagi menjaga nilai mata wang tersebut, di samping bertindak mempengaruhi kedudukan kredit bagi kepentingan negara. Bank Negara Malaysia juga bertindak sebagai jurubank dan penasihat kewangan serta ejen melaksanakan dasar monetari kerajaan. Bank Negara Malaysia melalui Jabatan Perbankan Islam dan Takaful memantau Akta Bank Islam 1983 supaya dipatuhi, dan menyediakan peraturan serta garis panduan pengawalseliaan bagi mewujudkan kestabilan struktur kewangan Islam.
sanad qard al-hasanbon qardulhasanPerniagaan IslamTiadaSekuriti hutang yang diterbitkan oleh kerajaan atau pihak swasta tanpa menjanjikan pulangan yang tetap. Contohnya, Sijil Pelaburan Kerajaan Malaysia yang pernah diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia. Walau bagaimanapun, pihak Bank Negara telah memberi pulangan dalam bentuk hibah dan instrumen ini boleh diurus niaga di pasaran hutang.
secondary datadata sekunderEkonomiTiadaData yang diperoleh daripada sumber yang telah dikumpulkan oleh pihak tertentu. Data ini mungkin telah diubahsuai atau diselaraskan. Misalnya, data yang diperoleh daripada bahan-bahan terbitan Jabatan Perangkaan Negara, Bank Negara, dan Laporan Ekonomi Kementerian Kewangan.
liquid assetaset mudah tunaiEkonomiEkonomi IslamAset yang mesti dipegang oleh institusi perbankan untuk memenuhi peraturan Bank Negara Malaysia yang menghendaki institusi perbankan menyimpan peratusan tertentu daripada liabiliti layak dalam bentuk aset mudah tunai. Bagi institusi perbankan Islam, aset mudah tunai terdiri daripada wang tunai, alat pasaran wang Islam, sijil pelaburan kerajaan, bon mudarabah cagamas, bil Bank Negara dan sijil simpanan Merdeka. Aset ini bertujuan untuk memenuhi tuntutan pengeluaran simpanan dan pembiayaan baru yang diminta oleh pelanggan. Sinonim aset cair.
Central Bank of MalaysiaBank Negara MalaysiaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
easy cash requirementkeperluan mudah tunaiEkonomiEkonomi IslamSejumlah amaun tertentu yang mesti disimpan di institusi kewangan itu sendiri dalam bentuk wang tunai, bil Bank Negara Malaysia, sijil pelaburan kerajaan dan instrumen kewangan Islam antara bank. Keperluan mudah tunai ini diwajibkan pada semua institusi kewangan Islam dan konvensional. Bank Negara Malaysia yang menentukan kadar nisbah mudah tunai berbanding liabiliti layak dari semasa ke semasa untuk menjamin kestabilan dan kekukuhan sistem kewangan negara. Institusi kewangan menyimpan mudah tunai ini untuk keperluan permintaan tunai harian dan sebagai sebahagian daripada pelaburan jangka pendek.
statutory reserve requirementkeperluan rizab berkanunEkonomiEkonomi IslamSejumlah wang tunai yang mesti disimpan di bank pusat oleh institusi kewangan untuk mengawal jumlah mudah tunai dalam pasaran. Bank Negara Malaysia dari semasa ke semasa akan menentukan kadar nisbah rizab berbanding dengan liabiliti layak. Lebihan daripada keperluan rizab berkanun boleh digunakan oleh institusi kewangan untuk tujuan penjelasan cek dan lebihan ini juga membolehkan Bank Negara Malaysia membayar hibah mengikut prinsip wadi‘ah yad damanah.
Islamic export credit refinancingpembiayaan semula kredit eksport IslamEkonomiEkonomi IslamSkim pembiayaan perdagangan eksport yang dikelolakan oleh Bank Negara Malaysia dan bank eksport import. Tujuan skim ini diwujudkan adalah untuk membantu pengeksport tempatan dengan cara membiayai semula kos eksport. Pembiayaan dilakukan apabila bil pertukaran berkupon sifar dibayar secara bertangguh oleh bank pengimport, kemudiannya akan dibeli oleh Bank Negara dan bank eksport import berdasarkan akad murabahah. Oleh itu, skim ini secara langsung dapat menggalakkan eksport negara.
Islamic financial instrumentinstrumen kewangan IslamEkonomiEkonomi IslamDokumen yang diurusniagakan dalam pasaran kewangan mengikut prinsip syariah. Contohnya, sijil pelaburan kerajaan, bil Bank Negara Malaysia dan bon cagamas mudarabah. Dokumen ini menjadi obligasi kewangan kepada pengeluarnya tetapi menjadi aset kewangan kepada pembeli atau pemilik. Instrumen kewangan ini boleh berbentuk sama ada instrumen hutang atau instrumen ekuiti dan dikeluarkan oleh unit ekonomi dalam sektor swasta dan juga sektor awam yang memerlukan dana.
12345

Kembali ke atas