Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata burung merak

Puisi
 

Burung disebut si burung merak,
     Menjadi ratu istana rimba;
Untung sabut timbul nampak,
     Untung batu tenggelam hamba.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
arenaarenaBiologiEkologiTempat pembiakan bersama, iaitu jantan membuat pertunjukan dan betina datang untuk mengawan. Misalnya, di tempat pembiakan burung merak, burung jantan menari-nari sambil mempamerkan bulunya yang berwarna-warni untuk menarik perhatian burung betina. Sinonim lek.
genetic selectionpilihan genetikPenternakanGenetik dan PembiakbakaanProses pemilihan ciri tertentu yang menjadikannya lebih menonjol daripada ciri lain dalam sesuatu spesies. Pemilihan genetik dilihat dalam organisma disebabkan oleh gen yang terdapat pada kromosomnya. Contohnya, burung merak jantan mempunyai bulu ekor yang cantik berbanding dengan burung merak betina.
tinubous(Rgs.)tinubousKesenianTiadaMotif tenunan berunsur keadaan berbentuk corak bulu burung merak.
wau merakwau merakKesenianTiadaWau yang menyerupai bentuk burung merak.
merak mengigalmerak mengigalKesenianTiadaMotif ukiran berunsur haiwan berbentuk burung merak sedang mengigal.
golden pheasantbulu merakPerikananTiadaBulu berwarna-warni daripada burung merak, biasanya bulu di bahagian dada, tengkuk atau sayap yang digunakan secara meluas untuk membuat umpan serangga tiruan.
social behaviourlakuan sosialBiologiEkologiLakuan organisma terhadap kehadiran organisma lain. Lakuan sosial ditunjukkan oleh kebanyakan peringkat haiwan. Organisma multisel memaparkan lakuan sosial semasa mengawan. Misalnya, burung merak betina menunjukkan lakuan seks sebelum mengawan.

Kembali ke atas