Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak senonoh atau tidak sopan (bkn kelakuan, perbuatan, dsb), melanggar tatasusila, biadab: berlaku ~ terhadap anak gadis orang; 2. keji, hina; menceroboh 1. berbuat atau berlaku ceroboh (biadab, tidak senonoh, dsb): engkau berani ~ memegang tangan anakku!; dialah orangnya yg selalu ~ masuk ke bilik gadis atau isteri orang; 2. masuk ke kawasan orang atau ke wilayah sesebuah negeri dsb tanpa kebenar­an (dgn tujuan utk mengganggu, mencabuli, melanggari, dsb): pengganas komunis telah ~ masuk ke kawasan sempadan Malaysia-Thai; mencerobohi 1. melakukan perbuatan ceroboh (curang, tidak senonoh, dll) terhadap (se­seorang), berlaku biadab terhadap perempuan utk mencemarkan kehormatannya dsb, men­cabuli: jadi kau yg masuk ke bilik Aida dan cuba hendak ~nya tadi? 2. memasuki ka­wasan orang atau wilayah sesebuah negeri dsb tanpa kebenaran (dgn tujuan hendak meng­ganggu, menyerang, mendudukinya, dsb): bangsa yg berniat jahat sahaja yg ~ negeri orang; mempertahankan tanah air drpd dicerobohi tentera asing; ceroboh-mencerobohi saling mencerobohi: satu tempoh kestabilan dan tidak ~ selama 40 tahun; kecerobohan perihal ceroboh, kecabulan, kebiadaban, ketidaksopanan (kelakuan, tindakan); pencerobohan perihal (perbuatan, tindakan) menceroboh(i), pencabulan: kita mesti mempertahankan diri drpd ~ musuh; kita sering terdengar rungutan nelayan kita tentang ~ nelayan asing ke kawasan perairan negara ini; penceroboh orang (negara dll) yg mence­roboh(i). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ceroboh I


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
trespasscerobohGeografiTiadaTiada
trespasscerobohUndang-undangTiadaTiada
trespasscerobohSejarahTiadaTiada
broach cargoceroboh kargoPelayaranTiadaMemecah atau membuka kargo atau bilik stor dengan tujuan mencuri.
house-trespassceroboh rumahUndang-undangTiadaTiada
water encroachmentceroboh airKejuruteraanTiadaPergerakan air ke dalam formasi pengeluaran ketika formasi mengalami susutan.
aggressive circlekumpulan cerobohSejarahTiadaKumpulan manusia atau negara yang mengamalkan dasar pencerobohan dengan kesediaan berperang dan mencabuli hak-hak asasi manusia.
invasive counselingkaunseling cerobohSains KesihatanTiadaKaunseling yang menceroboh peribadi pesakit.
personal injury coverageperlindungan kecederaan diriinsuransTiadaPerlindungan yang biasanya ditambah melalui endorsemen kepada polisi liabiliti am, terhadap libel,fitnah, silap tangkap dan ceroboh hak peribadi.
personal injury coverageperlindungan kecederaan diriPentadbiran PerniagaanTiadaPerlindungan yang biasanya ditambah melalui endorsmen kepada polisi liabiliti am terhadap libel, fitnah, silap tangkap dan ceroboh hak peribadi.

Kembali ke atas