Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata churchill


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Churchill-Bernstein correlationkorelasi Churchill-BernsteinKejuruteraanKejuruteraan KimiaKorelasi bagi pekali pemindahan haba untuk pengaliran bendalir yang melewati luar tiub atau paip yang berbentuk silinder serentak dengan pemindahan haba secara olakan paksaan yang diungkapkan dalam nombor Nusselt sebagai (rujuk m/s 168) dengan Nu = nombor Nusselt, Re = nombor Reynolds, Pr = nombor Prandtl. Korelasi ini sesuai jika Re.Pr > 0.2.
Churchill-Chu correlation for horizontal cylinderkorelasi Churchill-Chu bagi silinder mendatarKejuruteraanKejuruteraan KimiaKorelasi bagi pekali pemindahan haba secara olakan semula jadi atau bebas untuk silinder mendatar yang panjangnya L yang diungkapkan dalam nombor Nusselt sebagai dengan Nu = nombor Nusselt, Ra = nombor Rayleigh, Pr = nombor Prandtl. Korelasi ini sesuai bagi 105 < Ra < 1012.
Churchill-Chu turbulence flow correlation of vertical platekorelasi aliran gelora Churchill-Chu bagi plat tegakKejuruteraanKejuruteraan KimiaKorelasi bagi pekali pemindahan haba secara olakan semula jadi atau bebas dalam rejim gelora untuk sistem satah tegak yang diungkapkan dalam nombor Nusselt sebagai (rujuk m/s 165) dengan Nu = nombor NUsselt, Ra = nombor Rayleigh. Korelasi ini sesuai pada Ra > 109, iaitu pada titik peralihan dari aliran rejim lamina ke rejim gelora.
Churchill-Chu laminar flow correlation of vertical platekorelasi aliran lamina Churchill-Chu bagi plat tegakKejuruteraanKejuruteraan KimiaKorelasi bagi pemindahan haba secara olakan semula jadi atau bebas dalam rejim lamina untuk sistem satah tegak yang diungkapkan dalam nombor Nusselt sebagai (rujuk m/s 166) dengan Nu = nombor Nusselt, Ra = nombor Rayleigh. Korelasi ini sesuai pada keadaan Ra < 109.
balance of terrorimbangan ketakutanSains PolitikTiadaUngkapan yang digunakan oleh Winston Churchill bagi kedudukan imbangan kuasa nuklear antara USA dan USSR, yang mengatakan kedua-duanya tidak akan menggunakan kuasa pemusnah mereka kerana akibat ngeri yang akan dialami oleh dunia dan mereka sendiri.
iron curtaintabir besiSains PolitikHubungan AntarabangsaGarisan sempadan antara negara Eropah yang dikawal oleh Kesatuan Soviet dengan Eropah Barat. Istilah ini pertama kali digunakan oleh Ethel Snowden, isteri ahli politik British daripada Parti Buruh pada tahun 1920, kemudian telah digunakan dengan meluas setelah dijadikan terkenal oleh Winston Churchill dalam syarahannya di Missouri pada tahun 1946. Istilah negara tabir besi juga merujuk kepada negara dalam blok Soviet.
declarationperisytiharanSains PolitikHubungan AntarabangsaPernyataan yang terhasil daripada persetujuan satu atau pelbagai pihak. Perisytiharan terbahagi kepada tiga jenis. Pertama, perisytiharan yang dihasilkan daripada perjanjian yang mengikat pihak yang memeterainya. Contohnya, perisytiharan mengenai hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Kedua, perisytiharan secara sebelah pihak, iaitu sesuatu pihak membuat perisytiharan terhadap pihak lain seperti perisytiharan perang Amerika Syarikat dan sekutunya terhadap Iraq. Ketiga, perisytiharan sesuatu negara terhadap negara lain bertujuan memberi penjelasan mengenai tindakan tertentu yang dilakukannya. Contohnya, perisytiharan Piagam Atlantik yang dipersetujui antara Presiden Roosevelt, Amerika Syarikat dengan Churchill, Perdana Menteri Britain.

Kembali ke atas