British Imperial System | Sistem di Raja British | Fizik | Tiada | Tiada |
aristocrat | bangsawan | Sejarah | Tiada | Golongan yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam pemerintahan dan mempunyai hubungan dengan keluarga di raja dalam susunan masyarakat. |
Regent | Pemangku Raja | Undang-undang | Tiada | Orang yang dilantik untuk menjalankan fungsi raja semasa raja belum dewasa, atau raja tiada di dalam negeri atau raja tiada upaya. |
principle of non-intervention | prinsip tidak campur tangan | Sejarah | Tiada | Prinsip yang diamalkan oleh pihak Inggeris sebelum tahun 1874 di Tanah Melayu yang tidak campur tangan dalam pertelingkahan antara raja-raja di Tanah Melayu. |
nonnarrative folksongs | nyanyian rakyat tankisahan | Kesusasteraan | Tiada | Nyanyian rakyat yang dikisahkan melalui puisi. Contoh: Syair Bidasari. I Dengarkan tuan suatu riwayat, Raja di desa Negeri Kembayat; Di karang fakir dijadikan hikayat , Supaya menjadi tamsil ibarat. Ada raja suatu negeri, Sultan halifah akas bestari ; Asalnya baginda raja yang bahari, Melimpah ngadil dagang senteri. Hairan orang empunya temasya, Baginda itulah raja perkara ; Sangat tiada merasai susah , Entah pada esok dan lusa. Seri sultan raja bestari, Setelah ia sudah beristeri; Beberapa bulan beberapa hari, Halamilah puteri permaisuri. [hlm. 1 - 4] |
regency | pemangkuan raja | Undang-undang | Tiada | Perihal pernjalanan fungsi raja oleh orang atau badan yang dilantik bagi maksud itu semasa raja belum dewasa, atau raja tiada di dalam negeri atau raja tiada upaya. |
private trading | perdagangan sendirian | Sejarah | Tiada | Perdagangan yang dijalankan secara sendirian oleh pedagang sendirian dalam semua dagangan dengan raja-raja Melayu di Tanah Melayu sebelum tahun 1874. |
chivalric literature | sastera kesateriaan | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk karya sastera yang berteraskan suatu sistem moral dan tata kelakuan kehidupan istana raja-raja. Karya ini hidup subur di Perancis, Sepanyol dan England sekitar abad pertengahan. Tema utama karya ialah kisah kepahlawanan, percintaan, kesetiaan, keberanian, perjuangan, peperangan dan sebagainya. Karya kesateriaan menampilkan wira selaku sateria yang gagah dan berani serta teguh kepada ikatan tradisi istana. Mereka sentiasa berjuang dan mempertahankan maruah, raja, permaisuri, wanita, serta masyarakat yang tertindas. Antara karya yang terkenal ialah kisah kepahlawanan Raja Charlemagne (Perancis), King Horn dan Guy of Warwick (England) dan King Arthur and the Knights of the Round Table dan Ivanhoe (Britain). |
during the pleasure | selama diperkenankan | Undang-undang | Tiada | Selama yang dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja melayu atau Yang Dipertua Negeri. |
regency | pemerintahan pemangku raja | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemerintahan di sesuatu wilayah yang dijalankan oleh seorang pemangku raja sebagai mewakili kuasa raja tersebut. Pemangku raja ini biasanya terdiri daripada anggota keluarga diraja, dilantik untuk tempoh tertentu dan boleh disambung khidmatnya atau diganti dengan anggota keluarga yang lain. Dalam beberapa aspek, pemangku raja ini memiliki autonomi yang terbatas dan kebanyakan tugasnya bersifat rasmi atau adat istiadat seperti merasmikan dewan, muzium ataupun melancarkan program tertentu. Contohnya, Putera Charles di England merupakan pemangku raja bagi pemerintahan wilayah Wales. Sinonim keregenan. |