moisture content | kandungan lengas | Hidrogeologi | Tiada | Kandungan air dalam tanih atau medium yang tak tepu; kandungan lengas gravimetri yang didefinisikan dalam mekanik tanah sebagai nisbah peratusan berat air dan berat butiran pepejal medium berliang yang mempunyai isi padu tertentu. Kandungan lengas volumetri dalam ilmu fizik tanih didefinisikan sebagai isi padu kandungan air dalam tanih. (Tak berdimensi) Ruj.: Am. Soc. Civil Eng. 1958 Sin.: kandungan lengas tanih. |
sociolect | sosiolek | Sosiolinguistik | Tiada | Kepelbagaian bahasa yang didefinisikan berasaskan pada faktor sosial, contohnya dengan mengaitkan kelas sosial yang khusus atau kumpulan pekerjaan. |
level | laras (bahasa) | Sosiolinguistik | Tiada | Kepelbagaian bahasa yang didefinisikan mengikut penggunaannya berdasarkan situasi sosial seperti laras bahasa saintifik, agama, formal dan sebagainya. |
command | perintah | Sosiolinguistik | Tiada | Pengklasifikasian fungsi ayat dan didefinisikan kadang-kadang mengikut nahu, dan kadang-kadang berasaskan semantik dan sosiolinguistik. |
nautical mile | batu nautika | Sains Marin | Tiada | Unit ukuran jarak yang didefinisikan sebagai ukuran tepat 1852 m. Mengikut sejarah, batu nautika ditakrifkan satu minit latitud yang bersamaan dengan satu per enam puluh (1/60) satu darjah latitud. Pada zaman ini, batu nautika merupakan unit SI, yang dibundarkan kepada nombor genap dalam unit meter dan kekal digunakan untuk pengemudian marin dan udara. |
drug clearance | pembersihan ubat | Perubatan | Tiada | Kadar perkumuhan ubat dari darah yang didefinisikan sebagai isi padu darah yang dibersihkan daripada sesuatu ubat dalam satu unit masa. Ia bergantung kepada fungsi organ perkumuhan seperti ginjal dan hepar. Nilai pembersihan sesuatu ubat yang ditandai dengan Cl didapati melalui kajian farmakokinetik. |
dynamic pressure | tekanan dinamik | Hidrogeologi | Tiada | Tekanan tenaga kinetik suatu bendalir yang didefinisikan sebagai ketumpatan bendalir dikali dengan halaju kuasa dua dan dibahagi dengan 1. Halaju air tanah biasanya demikian kecil sehingga tekanan dinamik dapat diabaikan. (Dimensi: ML-1T-2) Ruj.: Lohman drr. 1972 |
event sampling | pensampelan peristiwa | Pendidikan | Tiada | Kaedah pemerhatian dan perekodan perkara khusus yang didefinisikan dan dikaji mengikut tempoh tertentu. |
ambiguity | kesamaran | Kesenian | Seni Bina | Konsep reka bentuk yang samar-samar dan boleh didefinisikan dengan pelbagai maksud. Contohnya, konsep yang tidak jelas membuatkan pengkritik memberikan definisi yang tersendiri pada reka bentuk tersebut. |
language society | masyarakat bahasa | Sosiolinguistik | Tiada | Kumpulan manusia yang dapat dikenal pasti berkongsi sistem bahasa yang didefinisikan sama ada secara daerah mahupun sosial. |