Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diiklankan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
scientific testimonialpembuktian saintifikKomunikasiKorporatKaedah pengiklanan yang memaparkan ciri saintifik kandungan barangan yang diiklankan. Melalui kaedah ini, perincian mengenai unsur pembuatan dan kandungan barangan dipaparkan. Cara pemaparannya adalah pelbagai, seperti menggunakan pendekatan tiga dimensi (3D), menyenaraikan bahan yang digunakan, dan menonjolkan aspek saintifik sesuatu kandungan barangan yang diiklankan. Proses pemaparannya kadangkala menggunakan jurucakap yang terdiri daripada pakar dalam sesuatu bidang yang berkaitan dengan barangan. Contohnya, seorang doktor veterinar menyebut tentang khasiat sesuatu jenis vitamin yang terdapat dalam barangan makanan binatang yang diiklankan. Tujuan pengguna kaedah ini adalah untuk meyakinkan khalayak yang berpendidikan tinggi kerana dalam banyak keadaan, pendekatan secara emosi atau format endorsan tidak cukup berkesan untuk meyakinkan mereka.
sale is publicly advertisedjualan diiklankan kepada awamUndang-undangTiadaTiada
ghost jobjawatan semu; kerja semuPentadbiranTiadaPekerjaan kosong yang diiklankan oleh sesebuah syarikat tetapi tidak bertujuan untuk mengisi kekosongan tersebut.
non-userbukan penggunaKomunikasiTiadaKhalayak yang dianggap tidak menggunakan barang atau perkhidmatan yang diiklankan tetapi masih menjadi sasaran bagi kempen periklanan atau pemujukan.
published ratekadar tersiarPentadbiran PerniagaanTiadaKadar sewa penuh yang boleh diubah mengikut musim yang digunakan atau diiklankan kepada awam.
trade advertisingpengiklanan dagangKomunikasiKorporatPengiklanan yang disasarkan kepada pedagang dan bukan kepada pelanggan awam. Bahan yang diiklankan ialah barangan dan perkhidmatan yang boleh dijual oleh pedagang yang bertindak sebagai wakil pengedar, peruncit, atau pemborong. Iklan jenis ini biasanya disiarkan dalam penerbitan khas, sama ada akhbar atau majalah yang diedarkan kepada pedagang berkenaan. Penerbitan ini juga menyiarkan notis jualan mengenai barangan atau perkhidmatan baru. Kadangkala penerbitan ini diedarkan terus kepada pengguna awam dengan harapan pengguna awam akan berhubung dengan wakil pedagang yang berdekatan untuk mendapatkan barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Fungsi pengiklanan jenis ini adalah untuk mengembangkan dan mengukuhkan rangkaian perniagaan, serta sebagai pemberitahuan tentang perubahan harga dan pengenalan barangan atau perkhidmatan baru di pasaran.
third party endorsementpengesahan pihak ketigaKomunikasiKorporatSokongan yang diberikan oleh pihak ketiga terhadap sesuatu iklan atau promosi idea, organisasi, barangan, atau perkhidmatan. Sokongan tersebut boleh membantu meningkatkan citra perkara atau barangan yang diiklankan dan dipromosikan, dan seterusnya boleh meningkatkan pemasaran. Pihak ketiga biasanya terdiri daripada individu atau organisasi yang mempunyai kepakaran dan kewibawaan yang berkaitan dengan perkara yang diiklankan. Contohnya, seorang doktor gigi atau jururawat yang menyokong barangan penjagaan kesihatan gigi, atau personaliti media seperti pembaca berita atau hos sesebuah rancangan bicarawara yang menyokong kempen antidadah atau kempen antimerokok. Pihak ketiga yang digunakan dalam iklan biasanya digambarkan sebagai seorang yang dipercayai dan berjaya dalam profesion yang sebenar.
mechanical requirementkeperluan mekanikalKomunikasiKorporatMesej iklan bercetak yang mengandungi penyataan yang bersifat teknikal. Sesuatu barangan bersifat teknikal diiklankan melalui media cetak perlu dijelaskan ciri teknikalnya bagi memudahkan kefahaman bakal pembeli. Maklumat teknikal tersebut boleh mengandungi ciri teknikal yang baru atau lama yang telah dipertingkatkan kecekapannya, ciri mesra pelanggan, unsur keselamatan atau panduan penggunaan yang membolehkan barangan mencapai jangka hayat yang panjang. Tujuan penjelasan maklumat yang bersifat teknikal ini adalah untuk meningkatkan keyakinan bakal pembeli terhadap mutu barangan. Mesej boleh disampaikan dalam pelbagai bentuk rekaan perkataan atau imej visual, seperti secara pegun atau tiga dimensi.
tender offertawaran tenderPentadbiran PerniagaanTiadaBentuk pengambilalihan paksaan iaitu individu atau firma menawarkan pembelian sebahagian atau keseluruhan saham syarikat sasaran. Tawaran ini diiklankan kepada umum dan bahan-bahan yang berkaitan dengan tawaran itu dikirimkan kepada pemegang saham.
teaseriklan acahPerdaganganTiadaIklan awal dalam sesuatu kempen untuk menarik perhatian orang ramai dengan menimbulkan rasa ingin tahu tentang barangan yang akan diiklankan.
1234

Kembali ke atas