المحكوم عليه | penerima hukuman | Agama Islam | Fiqh | Orang yang dijatuhi hukuman. |
plea in mitigation | rayuan meringankan hukuman | Sejarah | Tiada | Permohonan yang meminta untuk diringankan hukuman yang telah dijatuhi kepada peringkat kehakiman yang lebih tinggi. |
victim impact statement | penyataan impak mangsa | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Penyataan mangsa secara bertulis atau lisan yang memberikan peluang kepada mangsa menjelaskan kesan jenayah terhadapnya sebelum pesalah dijatuhi hukuman. |
Appeal Chamber | Kamar Rayuan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Bahagian di dalam mahkamah atau tribunal jenayah, dalam konteks undang-undang jenayah antarabangsa. Bahagian ini bertanggungjawab untuk mendengar rayuan bagi kes yang telah diputuskan oleh Kamar Perbicaraan. Contohnya, dalam sistem Mahkamah Jenayah Antarabangsa, Kamar Rayuan mendengar rayuan bagi kes yang telah diputuskan oleh Kamar Perbicaraan mahkamah yang sama. Rayuan boleh dibuat oleh pihak pendakwa atau pihak yang disabitkan dan dijatuhi hukuman. Rayuan boleh dibuat sama ada terhadap keputusan membebaskan atau mensabitkan tertuduh atau terhadap hukuman. |