available nutrient | nutrien tersedia | Pertanian | Agronomi | Mineral dalam tanah yang terlarut dalam bentuk ion dan mudah diserap oleh akar tumbuhan. Contohnya, nitrat dalam tanah yang mampu diserap oleh tumbuhan untuk kegunaannya. Tanah mengandungi banyak unsur mineral tetapi sebahagian besar tidak dapat diserap oleh tumbuhan kerana mineral itu terikat dalam batuan atau bahan organik. |
reactor poisoning | keracunan reaktor | Kejuruteraan | Tiada | Nisbah bilangan neutron terma yang diserap oleh racun terhadap bilangan yang diserap oleh bahan api. |
absorptivity | keserapan | Sains | Hidrometeorologi | Ukuran jumlah tenaga sinaran yang diserap oleh suatu bahan berdimensi tetap yang ditakrifkan sebagai nisbah jumlah tenaga sinaran yang diserap terhadap jumlah keseluruhan tenaga tuju pada bahan tersebut. Penyerapan boleh berlaku di permukaan atau dalam perjalanan melalui bahan itu. Keserapan merupakan fungsi kepanjangan gelombang, melainkan dalam tiga kes hipotetis khas bagi jasad legap; jasad hitam, jasad hitam, jasad kelabu dan jasad putih. Dalam kes-kes ini, keserapan, ?, adalah malar bagi semua kepanjangan gelombang dan bagi masing-masing jasad legap: a = 1, 0 < a < 1, a = 0 Keserapan sebarang bahan sebenar merupakan fungsi suhu dan juga kepanjangan gelombang. Bagi bahan bukan legap, keserapan juga merupakan fungsi ketebalan (atau isipadu) bahan. |
absorbed dose | dos serap | Fizik | Atom dan Nuklear | Jumlah tenaga yang diserap pada sesuatu bahan oleh sinaran mengion. Unit bagi dos terserap ialah rad yang menyamai tenaga yang diserap per gram bahan. |
initial absorption | serapan pemula | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Jumlah pengawet yang diserap oleh kayu pada peringkat penghangatan danp engenaan vakum, dan termasuk juga jumlah yang diserap semasa pengisian pengawet ke dalam silinder semasa tekanan dikenakan. |
silicon fertilizer | baja silikon | Pertanian | Agroteknologi | Baja yang mengandungi unsur silikon larut yang dapat diserap oleh tanaman. Kebanyakan silikon yang terdapat dalam tanah terikat dengan mineral atau batuan, dan tidak dapat diserap oleh tanaman. Kajian menunjukkan bahawa penambahan baja silikon dapat memberi manfaat kepada tanaman seperti padi dan tebu dengan meningkatkan ketahanan terhadap serangan penyakit dan perosak, menguatkan batang padi, dan memberi ketahanan terhadap kemasinan tanah dan tegasan air. Silikon berfungsi mengeraskan dinding sel tumbuhan yang menjadikannya tidak mudah diserang oleh perosak dan penyakit. Antara baja yang boleh membekalkan silikon termasuk kalsium silikat dan magnesium silikat. |
spectrophotometer | spektrofotometer | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Alat yang digunakan untuk mengukur cahaya yang diserap oleh sampel. Teknik spektrofotometer kebanyakannya digunakan untuk mengukur kepekatan zarah (zat terlarut) dalam larutan sampel, dengan mengukur cahaya yang diserap oleh zarah larutan dalam kuvet yang diletakkan dalam spektrofotometer. Spektrofotometer terdiri daripada spektrometer dan fotometer. |
greenhouse effect | kesan rumah hijau | Biologi | Ekologi | Kesan pemanasan atmosfera terhadap bumi. Gelombang cahaya matahari melalui udara diserap oleh bumi. Bumi kemudiannya memancarkan semula tenaga ini sebagai gelombang haba dan diserap oleh udara, terutama oleh karbon dioksida. Oleh itu udara bertindak sebagai kaca di dalam rumah hijau, yang membenarkan kemasukan cahaya, tetapi tidak membenarkan kemasukan haba. |
latent heat | haba pendam | Kimia | Tiada | Kuantiti haba, dalam Jmol-1, yang diserap atau dibebaskan apabila sesuatu bahan mengalami perubahan keadaan, sama ada daripada keadaan pepejal kepada cecair, cecair kepada pepejal, cecair kepada wap atau wap kepada cecair tanpa perubahan suhu. Kuantiti haba yang dibebaskan atau diserap bagi satu kilogram jisim bahan disebut haba pendam tentu. |
available element | unsur tersedia | Pertanian | Agroteknologi | Unsur-unsur yang boleh diserap oleh akar tanaman bagi merangsang dan menggalakkan pertumbuhannya. Unsur ini biasanya terdapat dalam bentuk ion yang larut dalam air tanah seperti nitrat (NO3), sulfat (SO4) dan klorin (Cl). Unsur ini berbeza dengan unsur yang terikat pada butiran tanah yang tidak dapat diserap oleh tumbuhan. Kandungan unsur tersedia dipengaruhi oleh pH tanah. Dalam keadaan berasid, unsur tersedia adalah rendah berbanding dengan keadaan pH yang tinggi. |