true resitivity | keberintangan sebenar | Kejuruteraan | Petroleum | Nilai keberintangan bahagian formasi yang tidak diserbu oleh turasan lumpur gerudi, atau keberintangan formasi yang wujud dalam keadaan seperti sedia kala. |
flushed zone | zon pancur | Kejuruteraan | Petroleum | Bahagian formasi yang berada di sebalik dinding lubang gerudi yang sepenuhnya diserbu oleh turasan lumpur gerudi. Semua bendalir asal yang dikandungi oleh formasi yang wujud dalam pori yang saling bersambungan telah terganti oleh turasan lumpur. Ketebalan zon ini berbeza-beza keporosan formasi tetapi ketebalan ini biasanya kira-kira 3 inci. |
Bastille | Bastille | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Benteng yang dibina oleh Hugh Aubriot, berhampiran gerbang Saint-Antoine pada tahun 1369. Benteng ini dibina sebagai pertahanan kota Paris daripada serangan pihak Inggeris semasa pemerintahan Charles V dan Charles VI. Benteng ini kemudiannya diubah suai dan dijadikan sebagai penjara. Penjara ini terkenal sebagai tempat tahanan musuh politik pemerintahan beraja Perancis. Penjara Bastille menjadi simbol kepada kemutlakan kuasa raja. Pada 14 Julai 1789, benteng tersebut telah diserbu dan dimusnahkan oleh penduduk Paris. Kejatuhan Bastille ini menandakan bermulanya Revolusi Perancis. Sehingga kini, tarikh 14 Julai dijadikan Hari Kebangsaan Perancis. |