Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kali (kata nama)
Bersinonim dengan darab.

Puisi
 

Dua kali landak memanah,
     Terkena pula buah durian;
Dua kali turun ke tanah,
     Bertemu mulut kita janjian.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Sekali bekas kena,
     dua kali bekas tahu,
tiga kali baru jera.

Bermaksud :

Sekali terkena tipu, kedua kali sudah tahu.

 

Lihat selanjutnya...(36)

402

Misfortunes seldom come alone

Malang sering kali datang bertimpa-timpa

Sudah jatuh ditimpa tangga

It is said that misfortunes seldom come alone. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people.

Kata orang, sudah jatuh ditimpa tangga. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(49)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sale of a debt with debtbai‘ kali bi kaliEkonomiEkonomi IslamSejenis jualan kredit. Pada tarikh matang, peminjam meminta dipanjangkan tempoh matang dengan janji akan membayar tambahan terhadap harga asal. Hakikatnya, amaun hutang yang dijual kepada peminjam disertakan dengan keuntungan. Contohnya, apabila tiba tempoh pembayaran dan peminjam tidak mampu membayar, beliau mengatakan kepada pemberi pinjaman “Jual hutang anda kepada saya untuk satu jangka masa tertentu dan saya akan menambah sekian amaun.” Dalam situasi ini, pemberi pinjaman menjual hutang asal kepada peminjam yang sama dengan harga yang lebih tinggi. Tambahan kepada hutang asal dalam jualan kredit ini dianggap sebagai riba dan tidak boleh dijadikan suatu akad dalam perbankan Islam. Sinonim bai‘ dain bi dain.
sale of a debt for a debtbai‘ dain bi dainEkonomiEkonomi IslamLihat bai‘ kali bi kali.
forward triple somersaultterjun depan 3 kuangSukanTerjunTerjun depan dengan tiga kali kali kuang, dan kaki mencecah air dahulu.
sale of debtbai‘ dainEkonomiEkonomi IslamAkad jual beli hutang oleh pemiutang kepada pihak lain. Hutang hanya boleh dijual secara tunai dan tidak secara hutang (bai‘ kali bi kali). Contoh jual beli hutang ialah penjualan sijil pelaburan kerajaan di pasaran sekunder.
metric systemsistem metrikMatematikTiadaSistem unit untuk mengukur, menimbang dan menyukat yang berasal dari Perancis. Unit asas bagi panjang ialah metger, manakala unit asas bagi berat ialah gram. Dalam sistem ini, awalan deka-, hekto-, kilo-, desi-, senti- dan mili- masing-masing digunakan untuk mewakili 10 kali, 100 kali, 1000 kali, unit asas.
microsatellite DNADNA mikrosatelitSains ForensikTiadaSegmen pendek DNA yang mempunyai satu urutan pendek bes yang berulang pada satu lokus. Contohnya, dalam jujukan AGTTAGTTAGTTAGTT, urutan AGTT berulang sebanyak empat kali pada lokus ini. Ulangan urutan ini berbeza antara individu, contohnya urutan ini mungkin berulang sebanyak 2 kali, 6 kali ataupun 8 kali pada individu yang lain pada lokus ini. Ahli forensik menggunakan maklumat ini untuk mengenal pasti penjenayah atau penentuan ibu bapa, iaitu prosedur yang dikenali sebagai pemprofilan DNA.
Kali YugaKali YugaSejarahTiadaTiada
double countingkiraan dua kali; pengiraan dua kaliKependudukanTiadaTiada
duplicate countingkiraan dua kali; pengiraan dua kaliKependudukanTiadaTiada
duplicate enumerationkiraan dua kali; pengiraan dua kaliKependudukanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas