API unit | unit API | Kejuruteraan | Petroleum | Unit piawai yang dibentuk oleh American Petroleum Institute (API) untuk menyeragamkan gerak balas ataua kepekaan alat-alat pengelogan sinar gama atau pengelogan neutron. Alat ditentukurkan dengan nilai sinaran yang diketahui dalam lubang uji API. |
cilium | silium | Biologi | Histologi dan Sitologi | Rambut atau struktur yang menyerupai rambut halus dan pendek; yang terdiri daripada sel atau tisu yang bergerak berirama sehingga boleh menggerakkan air atau udara di sekitarnya. pada organisma unisel dan koloni motil, silium digunakan sebagai alat gerak alih. |
polygraph | poligraf | Biologi | Fisiologi | Alat untuk merakam pelbagai gerak balas fisiologi yang diwakili oleh impuls elektrik atau mekanikal, seperti gerakan respirasi, tekanan darah, gelombang denyut dan refleks psikogalvanik. |
orrery | oreri (alat) | Matematik | Tiada | Radas yang menunjukkan kedudukan dan gerak bandingan sesuatu jasad dalam sistem suria, melalui putaran dan kisaran bebola yang digerakkan oleh kerja roda. Alat ini diberi nama demikian mengambil sempena nama Charles Boyle, Earl of Orrery yang keempat, orang yang memiliki alat itu pada tahun 1725. |
bioprobe | bioprob | Bioteknologi | Tiada | Biopenderia yang mengandungi pemangkin yang disekat gerak bersama dengan alat pengesan, misalnya elektrod enzim (pemangkinan oleh enzim). |
mobile hoist | pengangkat boleh gerak | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Alat yang dipasang pada pelantar beroda supaya boleh dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain. Contohnya, alat ini digunakan dalam bengkel baik pulih kenderaan untuk mengangkat enjin dari kenderaan. |
group programme | program kelompok | Pendidikan | Tiada | Strategi pengajaran berasaskan audio yang menggunakan kaset audio berstruktur dan mempunyai input serta alat pengawal masa untuk gerak kerja kelompok. |
high performance liquid chromatography (HPLC) mass spectrometry | kromatografi cecair prestasi tinggi (HPLC) spektrometri jisim | Herba | Pemiawaian | Kromatografi yang menggunakan campuran dua pelarut organik atau lebih, akueus dan bahan tambah sebagai fasa gerak dan fasa pegun yang terdiri daripada pepejal yang dimampatkan dalam satu turus. Fasa gerak dilalukan menerusi turus ini dengan bantuan tekanan tinggi. Sampel diaplikasikan secara suntikan pada permulaan fasa pegun. Pengesanan sebatian dilakukan dengan mengalirkan fasa gerak dari turus ke alat pengesan spektrometri jisim. Alat ini mengukur isyarat berasaskan berat molekul sebatian kimia dan dikenali juga sebagai fragmen bercas (m/z). Contohnya, eurikomanon dalam ekstrak tongkat ali (Eurycoma longifolia) dikenal pasti mempunyai fragmen bercas sebanyak 408. |
high performance liquid chromatography (HPLC) | kromatografi cecair prestasi tinggi (HPLC) | Herba | Pemiawaian | Kromatografi yang menggunakan campuran dua pelarut organik atau lebih, akueus dan bahan tambah sebagai fasa gerak dan fasa pegun yang terdiri daripada pepejal yang dimampatkan dalam satu turus. Fasa gerak dilalukan menerusi turus ini dengan bantuan tekanan tinggi. Sampel diaplikasikan secara suntikan pada permulaan fasa pegun. Pengesanan sebatian dilakukan dengan mengalirkan fasa gerak dari turus ke alat pengesan yang berasaskan penyerapan sinar ultralembayung atau pengukuran indeks refraktif atau pengesanan penyelerakan cahaya sejatan. Kaedah ini sering digunakan dalam pemiawaian sebatian bermanfaat dalam ekstrak herba untuk mendapatkan profil sebatian kimia. Sebagai contoh, produk herba tongkat ali (Eurycoma longifolia) dipiawaikan dengan kandungan eurikomanon sebanyak 10% melalui kaedah kromatografi cecair prestasi tinggi. |
polygraph | poligraf | Perubatan | Tiada | Alat yang digunakan untuk merakam berbagai-bagai gerak balas fisiologi secara serentak, seperti gerakan pernafasan, gelombang nadi dan tekanan darah. |