Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.bin] | جوبين

Definisi : kepingan (biasanya berbentuk segi em­pat) drpd tanah liat bakar utk menutupi din­ding, lantai, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jubin


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tile cablekabel jubinTeknikElektrikJubin konkrit yang diguakan untuk menutup atau melindungi kabel yang ditanam dalam tanah. Pada permukaan atas jubin ini biasanya dituliskan `Bahaya Elektrik’. Jubin ini dipasang sebelah-menyebelah jubin-jubin lain bagi menutupi sesuatu permukaan.
tactile pavingjubin sentuhKesenianSeni BinaJubin yang dijadikan sebagai bahan kemasan pada laluan lantai untuk kemudahan orang kelainan upaya mengetahui arah perjalanan yang dituju. Penggunaan jubin sentuh merupakan satu kaedah penunjuk jalan yang berjalinan pada permukaan tanah yang biasanya dikemaskan pada laluan lantai bagi pejalan kaki, di tangga dan di pelantar hentian kereta api untuk membantu pergerakan orang-orang buta atau cacat penglihatan. Ia juga sering disebut sebagai kekubah leper, pengesan amaran, penunjuk sentuh permukaan bumi dan pengesan amaran permukaan.
carpet tilesjubin karpetKesenianHiasan DalamanKepingan karpet berbentuk segi empat berukuran kecil seperti jubin yang dilekatkan pada permukaan lantai secara kepingan 12 x 12 (300 mm x 300 mm) hingga 24 x 24(600 mm x 600 mm). Jubin karpet menjadi semakin digemari kerana reka bentuk tekstur permukaan dan warnanya memudahkan corak dibentuk. Antara kelebihan menggunakan jubin karpet dalah mudah diselenggara.
agricultural tilejubin ladangLandskapTiadaJubin yang diperbuat daripada tanah li at bakar dan digunakan sebagai bahan turap. Contohnya, bahan turap untuk laluan pejalan kaki.
acoustic tilejubin akustikKejuruteraanKejuruteraan BangunanJubin yang berliang yang diperbuat daripada gentian kayu untuk dijadikan kemasan lelangit (siling).
quarry tilejubin kuariKejuruteraanKejuruteraan BangunanJubin yang berukuran besar yang selalunya tidak digilap.
ceramic tilejubin seramikKejuruteraanKejuruteraan BangunanJubin kecil yang diperbuat daripada tanah liat yang digunakan pada dinding dan kemasan lantai.
acoustic tilejubin akustikAlam BinaTiadaJubin yang mempunyai kadar serapan bunyi yang tinggi.
tile drainagepenyaliran jubinPertanianTiadaSaliran air melalui parit jubin.
glazed structural clay tilejubin tanah liat berkacaKejuruteraanKejuruteraan BangunanJubin yang diperbuat daripada tanah liat dengan permukaannya digilap dan digunakan untuk mendirikan sekatan atau dinding dalaman.
12345678910...

Kembali ke atas