influent | influen | Geologi | Tiada | 1. Sungai permukaan yang mengalir ke tasik, atau sungai atau cabang sungai yang mengalir ke sungai yang lebih besar.,2. Sungai yang mengalir ke dalam gua. |
feeder stream | sungai penyuap | Geologi | Tiada | Laluan air yang mengalir ke suatu laluan air yang lebih besar atau ke suatu tasik. |
tributary syn. affluent | cabang sungai | Hidrologi | Tiada | Laluan air yang mengalir ke suatu laluan air yang lebih besar atau ke suatu tasik. |
gate | pintu; lawang; bukaan; laluan; get | Geologi | Tiada | 1. Laluan masuk ke teluk atau ke pelabuhan, terletak di antara tanjung.,2. Laluan gunung yang dijadikan laluan masuk ke sesuatu daerah atau negeri.,3. Lembah yang rendah dan lebar atau bukaan di antara tanah tinggi, biasanya lebih lebar daripada jurang.,4. Laluan terbatas di sepanjang lembah sungai.,5. Fisur atau bukaan yang besar pada rangka radiolaria spumelaria. |
watercourse see also stream; river; current | laluan air lihat juga aliran; sungai; arus | Hidrologi | Tiada | (1) Alur semula jadi atau buatan yang airnya mengalir secara berterusan atau berjeda (misalnya, bermusim). (W) (2) Aliran semula jadi yang tidak keseluruhannya bergantung pada air permukaan yang terdekat, dan mengalir di sepanjang dasar di antara dua tebing yang jelas atau melalui lekukan (misalnya, jurang, paya) di sekelilingnya. Ia mempunyai bekalan air yang tetap dan kekal atau berkala dan mempunyai arus nyata ke suatu arah yang khusus dan meluahkan airnya di suatu titik tertentu ke dalam badan air tenang atau air mengalir (tasik, sungai besar, laut) atau menghilang ke bawah tanah. (W) |
flood | banjir | Geografi | Tiada | Limpahan air tiba-tiba ke atas permukaan tanah yang kering akibat sungai atau tasik yang melimpah tebingnya, atau luruan pasang surut yang besar atau kejadian hujan yang sangat lebat. |
Indo-pacific tarpon | bulan-bulan | Perikanan | Tiada | Ikan pelagik daripada famili Megalopidae, spesies Megalops cyprinoids, iaitu sejenis ikan yang badannya berkilat dan berwarna keperak-perakan serta bersisik besar. Ikan ini hidup di kawasan laut yang cetek, berlumpur dan berpasir serta boleh masuk ke muara sungai. Ikan ini ditangkap menggunakan pukat hanyut. Nama lain bagi ikan ini ialah banang dan pipih. |
eddy | pusar | Sains Marin | Tiada | Aliran bendalir berpusing yang berlaku apabila aliran bergolak disebabkan wujud halangan atau objek. Fenomena ini secara semula jadi diperhatikan berlaku di sebalik batu besar yang berada di sungai yang arusnya mengalir deras. Terdapat ruang yang tidak mempunyai aliran ke hilir di belakang halangan menyebabkan air mengalir balik ke dalam ruang kosong lalu membentuk pusaran kecil di pinggir halangan. |
cutoff | potong; penggal | Kejuruteraan | Tiada | 2. Binaan di bawah tanah untuk mengurangkan resipan air.,3. Penyaliran air hujan ke dalam tanah.,4. Saluran yang dibina untuk meluruskan sungai atau sebagai pintasan di liku yang besar.,5. Dinding, relang atau struktur-struktur lain di bawah dasar empangan atau di dalam tembok landas empangan, untuk menghalang atau mengurangkan resipan.,6. Garis pada objek plastik yang terbentuk disebabkan oleh pertemuan dua bahagian acuan mampatan.,7. Pemotongan bekalan bendalir kerja ke silinder enjin.,8. Peratusan minimum galian dan bijih yang membolehkan pelombongan yang menguntungkan. |
dragline scraper | pengikis garis seret | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Jentera besar yang dilengkapi bilah rata jenis bajak atau sauk besi padu yang digantung pada jorannya. Untuk mengorek, jentera akan mengangkat sauk ke atas dengan cara menarik tali bahagian atas sauk dan melepaskan tali bahagian hadapan sauk. Setelah sauk tertanam ke dalam tanah, tali bahagian hadapan sauk pula ditarik dan tali bahagian atas dilepaskan. Jentera ini digunakan dengan meluas dalam lombong arang batu dan kini masih ditemui dalam industri mengorek pasir sungai. |