Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.de.nga.ran] | کدڠرن

Definisi : 1. (dapat) didengar, terdengar: dr jauh ~ bunyi loceng sayup-sayup dibawa angin; 2. diperoleh berita, diketahui: setelah ~lah ke benua Siam, maka paduka Bubunnya pun menyuruh ke Melaka hendak minta surat sembah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.de.nga.ran] | کدڠرن

Definisi : terdengar; didengar: Pd musim padi berbuah, ~ suara orang bersorak bersahut-sahutan menghalau burung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedengaran

Peribahasa

Ombaknya kedengaran,
     pasirnya tidak kelihatan.

Bermaksud :

Khabarnya telah kedengaran, tetapi buktinya belum ada.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anomalous zone of audiblityzon keterdengaran anomaliFizikAkustikKawasan yang bunyi letupan besarnya boleh kedengaran pada jarak 200-300 km. tetapi tidak kedengaran pada tempat yang dekat dengan sumber itu disebabkan oleh keadaan cuaca pada atomosfera atas.
crosstalkcakap silangTeknologi MaklumatTiadaKeadaan bila isyarat atau bunyi yang tidak sepatutnya kedengaran di dalam telefon atau alat komunikasi. Keadaan ini disebabkan oleh penggandingan konduktif, induktif atau kapasitans yang tidak diingini dari satu litar ke litar yang lain atau saluran ke saluran yang lain. Contohnya apabila kedengaran perbualan antara dua orang asing dalam talian telefon kita yang kedua-duanya tidak didail.
threshold of audibilityambang kedengaranFizikTiadaTiada
absolute threshold of audibilityambang kedengaran mutlakPendidikanTiadaTiada
lontanolontanoMuzikTiada

 Muzik yang kedengaran seakan-akan dari tempat atau jarak yang jauh.

off-sceneluar babakKomunikasiTiadaSuara atau bunyi yang kedengaran dalam sesebuah babak tetapi tidak diketahui punca atau sumbernya.
heat lightningkilat habaMeteorologiMeteorologi PerhubunganKilauan kilat yang kelihatan menerangi langit atau awan jauh di ufuk sehingga guruh tidak kedengaran.
recitativeresitatifMuzikTiada

 Gaya vokal dalam opera atau oratorio. Resitatif berbeza dengan gaya nyanyian seperti aria dan ensembel. Nyanyian resitatif kedengaran seperti antara nyanyian dengan pertuturan, beritma bebas, tidak bermeter dan dinyanyikan secara silabik. Recitativo accompagnato atau recitativo stromentato ialah resitatif yang diiringi orkestra. Recitativo secco atau reci­tativo semplice ialah resitatif yang diiringi basso continuo.

amsaamsaMuzikTiada

 Dua pic penting yang terdapat dalam sesuatu raga atau mod melodi Hindustani. Vadi merupakan pic paling penting dan samvadi ialah pic kedua penting. Kedua-dua pic ini sering di­gunakan dan jelas kedengaran berbanding dengan pic lain.

thunderguruhMeteorologiMeteorologi PerhubunganBunyi kuat yang menyertai panahan kilat, disebabkan oleh pemanasan dan pengembangan serta-merta udara disepanjang laluan kilat tersebut. Jarak kilat dari pemerhati dapat dianggarkan dengn mengira selang masa antara panahan kilat dilihat dan petir didengar, iaitu 1 km setiap 3 saat. Guruh jarang kedengaran dalam jarak yang melebihi 20 km, walaupun jarak 65 km pernah dilaporkan.

Kembali ke atas