Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ga.na.san] | کݢانسن

Definisi : perihal ganas, kebuasan, kegarangan; ~ antarabangsa penggunaan kuasa secara sewenang-wenang tanpa menghiraukan undang-undang yang ada oleh seseorang atau kumpulan manusia secara terancang terhadap manusia atau harta benda dgn tujuan utk menakut-nakutkan atau memaksa sesuatu kaum atau negara demi memperjuangkan idologi atau kuasa politik masing-masing; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ga.na.san] | کݢانسن

Definisi : keadaan atau sifat ganas; kebengisan: Banyaklah harta benda yg binasa dan orang yg menjadi korban ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keganasan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
counterterrorismcegah keganasanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaAmalan, taktik, teknik atau strategi ketenteraan yang dilakukan oleh sesebuah kerajaan, tentera, polis atau entiti-entiti lain bagi menentang keganasan. Kebanyakan strategi cegah keganasan membabitkan peningkatan dalam aktiviti risikan oleh pihak berkuasa, termasuk melakukan pintasan komunikasi dan penjejakan terhadap individu disyaki. Kebanyakan negara menggubal undang-undang antikeganasan bagi menyatakan bahawa perbuatan seperti mengebom, merampas kapal terbang, menculik atau mengambil tebusan sebagai jenayah keganasan. Walau bagaimanapun, amalan cegah keganasan biasanya sering membawa kepada penghakisan hak asasi sivil dan politik kerana ia menggalakkan kes penahanan tanpa bicara, penangkapan sewenang-wenang dan pembunuhan tanpa izin mahkamah.
domestic violence cyclekitaran keganasan rumah tanggaKriminologiKeadilan JenayahHubungan yang melibatkan keganasan dalam rumah tangga mengikut pola atau kitaran yang biasa. Keganasan rumah tangga juga berlaku mengikut kitaran yang berulang.
biological terrorismkeganasan biologiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKeganasan terhadap orang awam yang melibatkan penggunaan agen biologi untuk mencapai matlamat yang bersifat politik, agama atau ideologi. Tindakan ini dilakukan melalui ugutan, paksaan atau dengan menanamkan rasa takut kepada sesuatu pihak. Contohnya, tindakan keganasan terhadap sesebuah negara dengan menggunakan agen biologi seperti bakteria, virus atau toksin.
terrorismkeganasanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerbuatan yang dilakukan dengan niat menyebabkan kematian atau kecederaan badan yang serius kepada orang awam atau mana-mana pihak yang tidak mengambil bahagian dalam sesuatu permusuhan apabila tujuan tersebut adalah untuk menakut-nakutkan populasi, atau memaksa sesebuah kerajaan atau pertubuhan antarabangsa untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan. Takrifan ini terkandung dalam Konvensyen Antarabangsa bagi Pencegahan Pembiayaan Keganasan 1999. Keganasan boleh dilakukan oleh individu persendirian atau negara. Walau bagaimanapun, keganasan biasanya dilakukan bagi tujuan politik atau ideologi tetapi bukan untuk tujuan persendirian. Contoh keganasan ialah tindakan meletupkan objek awam, merampas kapal terbang, mengambil tebusan atau perbuatan menculik.
maritime terrorismkeganasan maritimUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKeganasan yang dikaitkan dengan aktiviti rompakan yang dilakukan di laut lepas. Dalam kes seperti ini, lanun yang melakukan rompakan tersebut tidak melakukannya atas arahan mana-mana pihak dan tidak menerima sebarang perlindungan daripada mana-mana negara, tetapi biasanya mereka akan menyerang kapal dari semua negara. Keganasan maritim merupakan satu kesalahan terhadap kemanusiaan. Mana-mana pengganas maritim yang ditangkap boleh dibicarakan di mana-mana mahkamah tanpa mengira kewarganegaraan.
interpersonal violencekeganasan antara peroranganKriminologiKeadilan JenayahJenayah kekerasan yang berkaitan dengan hubungan sesama manusia yang meliputi penderaan fizikal, psikologi, seksual, ekonomi dan sosial. Contohnya, keganasan rumah tangga, penderaan kanak-kanak, penderaan orang tua dan sebagainya. Sinonim keganasan interpersonal.
counter-terrorismperangi keganasanKriminologiKeadilan JenayahStrategi, teknik, tindakan, langkah, usaha, taktik, amalan atau inisiatif yang diambil oleh sesebuah negara, kerajaan, tentera dan penguat kuasa undang-undang dalam mengesan dan membanteras keganasan. Contohnya, penggubalan undang-undang yang bersifat pencegahan untuk mengawal selia aspek keganasan. Sinonim antikeganasan.
interpersonal violencekeganasan interpersonalKriminologiKeadilan JenayahLihat keganasan perorangan.
honeymoon phasefasa bulan maduKriminologiKeadilan JenayahFasa ketiga dalam kitaran keganasan rumah tangga. Dalam fasa ini, pelaku keganasan rumah tangga akan meyakinkan mangsa bahawa dia menyesal dan akan menghentikan tingkah lakunya yang ganas di samping berjanji untuk menjaga pasangannya dengan baik. Dalam fasa ini juga, pelaku biasanya akan menunjukkan kasih sayang dengan membelikan bunga atau hadiah untuk tujuan mengambil hati mangsa.
non violencetanpa kekerasanSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan politik yang dibuat tanpa melibatkan sebarang keganasan. Gerakan ini percaya kepada satu penyelesaian atau persaingan yang adil dan bebas. Kaedah yang biasa digunakan ialah secara aman seperti terlibat dalam pilihan raya, menuntut sesuatu secara melobi, menggunakan media, kaedah rundingan dan tawar-menawar. Penggunaan keganasan dianggap terkeluar daripada peraturan permainan yang diterima. Contohnya, Mahatma Gandhi merupakan tokoh yang berjuang dengan menggunakan cara ini yang dikenali sebagai satyagraha atau tanpa keganasan tetapi berterusan.
123456789

Kembali ke atas