Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ji.wa.an] | کجيواءن

Definisi : kerohanian, kebatinan: ini agak pelik kalau ditilik dr sudut ~ orang Melayu; sebenarnya gejala-gejala buruk daripadanya adalah besar sekali baik dr segi kejasmanian mahupun dr segi ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ji.wa.an] | کجيواءن

Definisi : hal-hal mengenai jiwa; kerohanian; kebatinan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jiwa (kata nama)
1. Bersinonim dengan nyawa: roh, semangat, atma, sukma, tubuh halus,
Berantonim dengan jasad

2. Bersinonim dengan batin: rohani, urat nadi, punca hidup,
Berantonim dengan zahir

3. Rujuk kasih kekasih

Kata Terbitan : berjiwa, kejiwaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Internal conflictkonflik dalamanKesusasteraanTiadaPergelutan kejiwaan watak dengan dirinya sendiri yang terdapat dalam sesebuah naratif atau drama. Pergelutan ini berlaku dalam fikiran watak tersebut, seperti antara kemahuan nafsunya dengan bisikan hati nuraninya. Contoh dalam sastera Melayu ialah dilema watak Lokman dalam novel Hujan Pagi oleh A. Samad Said. Lihat juga konflik.
geistlicheliedgita rohaniKesusasteraanPuisiPuisi yang mengemukakan nilai-nilai kerohanian atau kejiwaan. Puisi ini juga merupakan jenis puisi lirik yang lazimnya dinyanyikan.
metaphysical poetrypuisi metafizikKesusasteraanTiadaPuisi yang terbentuk dari pemikiran atau konsep falsafah berhubung dengan kewujudan alam, kejiwaan atau roh manusia.
round characterwatak bundarKesusasteraanTiadaPelaku dalam karya sastera yang memiliki personaliti kehidupan manusia, meliputi aspek pemikiran dan kejiwaan.
psychic dominantkeunggulan ciri psikikSejarahTiadaSifat sesuatu atau orang yang peka kepada pengaruh dan kuasa bukan fizikal ditandai dengan kepekaan yang misteri, persepsi dan pemahaman kejiwaan yang menonjol.

Kembali ke atas