salinity | kemasinan | Biologi | Ekologi | Kepekatan garam di dalam air. Aras kemasinan penting dalam menentukan taburan dan kelimpahan organisma, terutama di kawasan muara. Pengaruh kemasinan ke atas taburan organisma dapat dilihat pada sejenis udang, Gammarus zaddachi yang mempunyai tiga subspesies G. zaddachi oceaniens mendiami muara menuju ke laut (kemasinan 2.5 � 3.0%), G. zaddachi salinesi mendiami bahagian tengah muara (kemasinan 1.8 � 2.5%), dan G. zaddachi zaddachi mendiami muara menghala ke sungai (kemasinan 0.5 � 1.8%). |
salinity | kemasinan | Pertanian | Agronomi | Kandungan garam seperti sodium (Na), potassium (K), kalsium (Ca) atau magnesium (Mg) yang terdapat dalam tanah, medium tumbuhan atau air. Kemasinan akan mempengaruhi pertumbuhan tanaman. Kemasinan yang terlalu tinggi akan menyebabkan pertumbuhan terjejas kerana keupayaan untuk menyerap air dan nutrien terbantut. Contohnya, tanah yang berada di tepi laut mempunyai kandungan garam yang tinggi menyebabkan kemasinan kawasan. Kemasinan juga boleh berlaku akibat pemberian baja kimia yang berlebihan dan terlalu lama di sesuatu kawasan. Kemasinan diukur dalam elektrokonduktiviti, iaitu decisiemens per metre (dS/m). |
practical salinity unit (PSU) | unit kemasinan praktikal (PSU) | Sains Marin | Tiada | Unit kemasinan air laut yang diukur berdasarkan sifat ke- konduksian air laut. Unit ini juga bersamaan dengan 0/1000 atau 0/00 atau g/kg. |
salinity | kemasinan | Sains Marin | Tiada | Ukuran jumlah garam terlarut di dalam jasad air yang diukur dalam unit kemasinan praktikal (PSU). Kandungan utama garam di lautan terdiri daripada natrium (Na) dan klorin (Cl) yang merangkumi 85.7% garam terlarut. Komponen lain air laut ialah magnesium (Mg), kalsium (Ca), kalium (K) dan sulfat (SO4). |
salt tolerance | ketahanan masin | Pertanian | Agronomi | Daya ketahanan oleh tanaman yang boleh hidup dengan keadaan kemasinan tanah atau air. Contohnya, kayu bakau atau kelapa mempunyai ketahanan masin yang tinggi. Ketahanan masin disebabkan oleh keupayaan tumbuhan itu untuk melakukan osmoregulasi, iaitu mengambil air untuk mengurangkan kemasinan. |
salinity | kemasinan | Fizik | Tiada | Tiada |
salinity | kemasinan | Geografi | Tiada | Darjah kelarutan garam di dalam air. |
salinity | kemasinan | Geografi | Tiada | Tiada |
salinity | kemasinan | Pertanian | Tiada | Tiada |
salinity | kemasinan | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |