Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kennedy


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Kennedy barbar KennedyPerubatanTiadaTiada
Kennedy methodKaedah KennedyPenilaian Harta TanahTiadaTiada
Kennedy’s theoremteorem KennedyMekanikGunaanTeorem yang menyatakan bahawa tiga jasad yang mengalami gerakan nisbi satah di antara satu dengan yang lain mempunyai tiga pusat ketika, dan ketiga-tiganya berada pada satu garis lurus.
Kennedy water metermeter air KennedyKejuruteraanKejuruteraan MekanikMeter air yang menggunakan air mengalir berterusan untuk mengisi penuh silinder dan mengosongkan silinder yang diketahui isi padunya. Isi padu luahan ini akan dicatatkan. Air di dalam silinder akan tercurah keluar apabila pusat graviti isi padu berkenaan menjadi lebih tinggi daripada titik tertentu.
brinkmanshipnekad-siagaSains PolitikHubungan AntarabangsaStrategi yang digunakan pada masa krisis untuk memaksa pihak lawan mengambil keputusan berdamai. Intipati strategi ini adalah dengan memanipulasi perkongsian risiko keganasan yang diandaikan tidak diingini oleh pihak yang bertelagah. Idea strategi ini dimulakan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat, J.F. Dulles semasa pentadbiran Dwight D. Eisenhower pada tahun 1950-an. Contohnya, J.F. Kennedy telah menggunakan strategi ini ketika menghadapi krisis peluru berpandu Cuba pada tahun 1962.
Bay of Pigs InvasionSerangan Bay of PigsSains PolitikHubungan AntarabangsaCubaan untuk menggulingkan kerajaan Cuba pimpinan Fidel Castro oleh pemimpin buangan yang ditaja oleh Amerika Syarikat. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1961 ekoran ketegangan hubungan antara Amerika Syarikat dengan rejim Castro. Ketegangan hubungan kedua-dua negara memaksa Presiden Dwight D. Eisenhower memutuskan hubungan diplomatik dengan Cuba pada bulan Januari 1961. Sementara itu, ejen Perisikan Pusat Amerika (CIA ) telah melatih pejuang antirevolusi Cuba yang berada dalam buangan untuk melancarkan penaklukan terhadap Cuba. Rancangan penaklukan ini telah disokong oleh Presiden John F. Kennedy yang menggantikan Eisenhower pada 17 April 1961. Lebih kurang 1300 pejuang dalam buangan yang dilengkapkan dengan senjata Amerika Syarikat mendarat di Bay of Pigs di Selatan Cuba. Penaklukan ini gagal mendapat sokongan rakyat tempatan dan berjaya dipatahkan oleh tentera Castro pada 19 April 1961.
antidumping agreementperjanjian antilambakanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerjanjian dalam sistem Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang mendisiplinkan langkah antilambakan. Perjanjian ini memperuntukkan peraturan substantif dan tatacara yang perlu dipatuhi oleh negara anggota WTO jika mahu mengambil langkah antilambakan terhadap import. Perjanjian antilambakan melaksanakan Perkara VI GATT yang mencela aktiviti lambakan sekiranya lambakan memudaratkan pengeluar tempatan di negara pengimport. Perjanjian antilambakan membenarkan negara pengimport mengenakan duti lambakan terhadap import pada kadar yang sama dengan margin lambakan. Perjanjian antilambakan pada asalnya dikenali sebagai kod antilambakan, dirundingkan buat kali pertama dalam Rundingan Pusingan Kennedy dan dimuktamadkan pada tahun 1967. Pada tahun 1980, kod antilambakan ditukar nama kepada perjanjian antilambakan. Perjanjian antilambakan dilampirkan kepada GATT dan menjadi sebahagian daripada sistem WTO. Lihat juga langkah antilambakan.

Kembali ke atas