Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketikanya

Peribahasa

327

Into every life a little rain must fall

Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia, ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk menenangkan hati orang yang ditimpa malang dan untuk mengingatkan bahawa nasib malang itu hanyalah sementara)

Takkan pasang selalu, di mana surut senantiasa.

Don't you feel sad, my dear. Everybody must have his or her misfortune. Remember, into every life a little rain must fall. Who knows may be tomorrow luck will come and knock at your door.

Usah kamu bersedih, sayangku. Tiada insan yang tidak ditimpa malang. Ingat, takkan pasang selalu, di mana surut senantiasa. Siapa tahu esok-esok nasib yang baik akan datang juga.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
alpha testingpengujian alfaTeknologi MaklumatPerisianProses pengujian yang dilakukan pada peringkat akhir pembangunan sistem sebelum sistem itu diterima untuk beroperasi. Sistem tersebut akan diuji dengan menggunakan data yang disediakan oleh pelanggan sistem dan bukannya menggunakan data simulasi. Ujian penerimaan berkemungkinan mendedahkan ralat dan keciciran dalam definisi keperluan sistem kerana ada ketikanya data sebenar menyebabkan sistem bertindak berlainan berbanding dengan data yang diuji. Ujian ini juga dapat mendedahkan masalah keperluan pengguna dan prestasi sistem itu sendiri. Sinonim ujian penerimaan.
emotional developmentperkembangan emosiPsikologiPsikologi UmumProses perkembangan elemen psikologi yang mengambil masa yang lama dan bermula sejak peringkat bayi. Dalam ikatan emosi yang terawal, bayi membentuk keakraban dengan membina kemesraan yang kuat dengan ibunya. Selepas itu, bayi akan membentuk pertalian emosi dengan orang lain yang berdekatan seperti bapa, adik-beradik, datuk dan nenek. Walau bagaimanapun, keakraban dengan ibu bukanlah satu kemestian kerana ada ketikanya orang lain boleh menggantikan tempat ibunya seperti penjaga atau pengasuh.

Kembali ke atas