outer city | lingkaran luar kota | Sains Politik | Tiada | Tiada |
pastoral | pastoral | Kesusasteraan | Tiada | Hasil sastera yang melukiskan kehidupan luar kota atau desa yang aman damai, tenteram dan tenang. |
frost heaving | penyembulan ibun | Sains | Hidrometeorologi | Penjulangan permukaan oleh tindakan dalaman ibun yang hasil lampaunya ialah busut ibun. Kebanyakan penyembulan ibun didapati terhasil daripada pertumbuhan jisim berkanta ais dalam tanih. Kanta ais ini tumbuh melalui proses pemejalwapan dan juga dengan cara peleburan dan pembekuan semula. Ini dapat meningkatkan daya julangan yang kuat ke atas tanih, batuan, tiang dan kaki lima jalan yang ada di atasnya. Di kawasan luar kota yang mempunyai til glasier, batuan sembulan ibun kelihatan di permukaan setiap musim bunga. Keadaan tempatan yang membolehkan berlakunya konduksi haba dengan baik melalui batuan bawah permukaan di musim sejuk dapat memudahkan penumbuhan kanta ais di bawah batuan berkenaan. |
archway | pintu gerbang | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Bahagian yang memisahkan kawasan dalam dan luar sesebuah monumen atau kota. Pintu gerbang merupakan bahan utama untuk keluar dan masuk ke kawasan tersebut. Contohnya, Masjid Kampung Hulu (Melaka), di bahagian atas pintu gerbangnya terdapat beduk manakala di Kota Kuala Kedah (Kedah) pintu gerbang utamanya disebut Kacapuri. |
castle | kubu kota; mahligai;kubu | Kejuruteraan | Tiada | 1. Kubu: Bekas untuk menempatkan pembilang dan bahan radioaktif supaya mengurangi sinaran luar. |
signaling system 7 (SS-7) | sistem pengisyaratan 7 (SS-7) | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Protokol yang digunakan oleh syarikat telefon untuk menyelesaikan masalah serangan pemfrikan. Protokol ini mengasingkan isyarat kawalan telefon ke suatu jalur luar dan isyarat kawalan telefon ke suatu jalur luar dan isyarat data telefon, seperti data suara atau data paket ke jalur dalam. Protokol ini menghalang pemfrik daripada menggunakan alat seperti kota biru atau kotak hitam pada ganggang atau litar suara telefon untuk mengawal perkhidmatan telefon atau memperoleh perkhidmatan teristimewa daripada syarikat telefon. Hal ini demikian kerana litar ganggang telefon berada dalam jalur yang berlainan dan terpisah secara fizikal daripada jalur luar rangkaian telefon. |