Look East Policy | Dasar Pandang ke Timur | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Dasar yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada tahun 1982. Dasar ini bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran negara. Dasar ini dilaksanakan dengan mencontohi etika kerja, teknik dan strategi pembangunan negara Jepun, Korea Selatan dan Taiwan. Rakyat Malaysia telah dihantar ke negara tersebut untuk mengikuti pelbagai program bagi mendapatkan pengetahuan dalam bidang perniagaan dan perindustrian. |
performative | performatif | Kesusasteraan | Tiada | Sebahagian daripada kaedah mengklasifikasikan ayat. Performatif diperkenalkan oleh ahli falsafah J.L. Austin dan dianggap penting dalam teori aksi pertuturan. Performatif berbeza daripada konstatif, iaitu ayat deklaratif yang memperkatakan tentang situasi, sama ada benar atau salah. Contohnya, �Dr. Mahathir ialah Perdana Menteri Malaysia�. Perfomatif bukan sahaja menyatakan sesuatu tetapi turut melakukan sesuatu secara verbal. Contohnya, �Saya berjanji akan membayar balik wang awak esok�. Dalam performatif, isu penting bagi ayat bukan kebenarannya tetapi keberkesanan ayat itu meyakinkan pendengaran. Teori aksi pertuturan juga digunakan untuk mengkaji sesuatu ayat dalam karya sastera. |
state craft | mahir urus negara | Sains Politik | Politik Perbandingan | lImu atau kemahiran dalam pengurusan pemerintahan, kepimpinan atau politik. Kemahiran ini merujuk kepada kebolehan seorang pemimpin menguruskan negaranya dengan cekap, berkesan, adil, bersih dan bijaksana. Machiavelli seorang tokoh falsafah politik telah memperkenalkan istilah mahir urus negara ini. Tun Dr. Mahathir Mohamad dapat dianggap sebagai memiliki kemahiran urus negara sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia. |
majority leader | pemimpin majoriti | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemimpin dari parti politik yang mendapat undi terbanyak dalam pilihan raya. Pemimpin ini mempunyai sifat yang berwibawa dan berkarisma untuk menjadi seorang pemimpin yang unggul. Pemimpin majoriti merupakan pemimpin yang mendapat sokongan rakyat dan ahli parlimen untuk menerajui pemerintahan negara. Contohnya, Dr. Mahathir Mohamad pemimpin majoriti yang mendapat sokongan besar pengundi kawasan dan ahli parlimen. |
statesman | negarawan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Seorang yang begitu komited dan terlibat aktif dalam pemerintahan dan pentadbiran negaranya. Orientasi politik beliau bersifat terbuka dan tidak terikat kepada sokongan parti atau individu tertentu. Beliau sangat sensitif dan mengambil berat akan hala tuju negara dan sentiasa berusaha mempengaruhi sebarang dasar yang digubal serta memastikan pelaksanaannya. Contohnya, Dr. Mahathir Mohamad merupakan seorang negarawan yang berusaha gigih dalam membangunkan Malaysia. |
the corridor of power | anjung kuasa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kedudukan yang menghampiri jawatan kepimpinan tertinggi sesebuah negara seperti presiden atau perdana menteri. Bagi menduduki jawatan ini, seseorang pemimpin perlu melalui pelbagai peringkat persaingan atau pemilihan dan setelah berjaya mengharunginya barulah dianggap berada di anjung kuasa. Contohnya pada tahun 2002, Abdullah Ahmad Badawi dapat dianggap sebagai berada di anjung kuasa apabila Dr. Mahathir Mohamed mengisytiharkan mahu bersara. |
leadership of example | kepemimpinan melalui teladan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Prinsip yang menekankan model kepimpinan yang cemerlang. Model ini mengutamakan ciri-ciri, teladan dan sifat unggul yang dimiliki oleh seseorang pemimpin yang boleh memberi kesan positif dan menjadi ikutan orang ramai. Pemimpin sentiasa diharapkan berperilaku baik dan memiliki sifat kepimpinan yang mantap, bertanggungjawab, berkaliber, berdedikasi, bermoral tinggi serta sedia berkhidmat kepada orang ramai. Hal ini kerana mereka sentiasa menjadi perhatian dan rujukan awam. Slogan ini dipopularkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed, mantan Perdana Menteri Malaysia. |
think tank | kumpulan pemikir | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kumpulan individu yang dilantik secara rasmi atau tidak rasmi, yang bertindak sebagai pakar dalam sesuatu bidang untuk membantu kerajaan atau pihak lain dalam menyelesaikan sesuatu perkara, menyediakan maklumat yang diperlukan serta pandangan bernas untuk sesuatu strategi organisasi tersebut. Kumpulan pemikir biasanya menjadi tunggak utama dalam menjayakan sesuatu sasaran dan perancangan organisasi. Mereka juga bertindak sebagai jururunding sebelum, semasa dan selepas sesuatu perkara dilaksanakan. ISIS (Institute of Strategic and International Studies), merupakan kumpulan pemikir untuk kerajaan Malaysia di bawah pemerintahan Tun Mahathir Mohammad. |