Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Malaysian Chinese Association (Persatuan Cina Malaysia). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mca


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
MCA (microchannel architecture )MCA (seni bina saluran mikro)Teknologi MaklumatTiadaProprietari bas 32 bit yang diperkenalkan oleh IBM untuk komputer peribadi PS/2.
MCA ( media control module )MCA (modul kawalan media)Teknologi MaklumatTiadaSistem yang dibangunkan oleh Apple untuk mempiawaikan cara komputer mengawal peranti multimedia.
MCA (micro channel architecture)MCA (seni bina saluran mikro)Teknologi MaklumatTiadaBus dalaman 32 bit yang digunakan dalam IBM PS/2 dan tidak serasi dengan bus lain.
reciprocitykesalinganSains PolitikPolitik PerbandinganHubungan antara dua pihak yang saling membantu antara satu sama lain. Hubungan ini tidak semestinya sentiasa berjalan tetapi apabila satu pihak memerlukan bantuan, pihak satu lagi sedia membantu dan demikian juga sebaliknya. Keadaan ini wujud kerana semangat setia kawan yang tinggi dan kesedaran pentingnya rakan yang boleh membantu apabila diperlukan. Contohnya, hubungan UMNO dan MCA kesalingan. Sinonim timbal balik.
rightistpuak kananSains PolitikPolitik PerbandinganGolongan yang cenderung kepada fahaman konservatif. Golongan ini tidak suka kepada tindakan radikal atau perubahan besar yang mendadak. Mereka lebih cenderung kepada pengekalan status quo dan pemeliharaan tradisi masyarakat yang sedia ada dan dalam keadaan tertentu bersifat perkauman yang bergerak untuk memelihara kepentingan kaumnya. Kumpulan ini juga boleh bersifat ekstrem kaum seperti golongan fasis Nazi atau gerakan Ku Klux Klan yang rasis tetapi boleh juga bersifat sederhana seperti UMNO dan MCA. Ia berbeza dengan golongan kiri yang cenderung kepada perjuangan untuk kelas bawahan dan mahukan perubahan radikal dalam masyarakat. Contohnya, dalam politik Malaysia, UMNO dan PAS merupakan golongan kanan manakala Parti Rakyat Malaya pula merupakan golongan kiri.
political workerpetugas politikSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu yang bekerja untuk sesuatu organisasi atau parti politik sama ada secara sukarela atau dengan mendapat bayaran untuk perkhidmatannya. Petugas ini ditempatkan di pejabat atau markas parti dan melaksanakan segala bentuk kerja perkeranian dan pentadbiran seperti surat-menyurat, penyimpanan fail, rekod serta perhubungan antara ahli politik. Dalam menghadapi pilihan raya, petugas ini akan melaksanakan kerja yang berkaitan dengan kempen, pendaftaran, penyebaran poster, manifesto dan sebagainya. Petugas ini mungkin tidak memahami sepenuhnya ideologi atau sejarah parti tetapi melakukannya sebagai satu pekerjaan. Contohnya, petugas politik di Biro Pengaduan MCA akan menyelesaikan pelbagai masalah orang ramai yang datang mengadu ke pejabat biro tersebut.

Kembali ke atas