Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.laung.kan] | ملاءوڠکن

Definisi : 1. meneriakkan, memanggil­kan: ketika itu Wan Dah ~ supaya jangan dikejar perahu yg lari itu; 2. = melaung-laungkan menganjurkan (mengucapkan dsb) sehingga atau dgn cara diketahui umum, menyerukan: beliaulah yg selalu ~ penggunaan tong sampah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.laung.kan] | ملاءوڠکن

Definisi : meneriakkan sesuatu dgn suara yg nyaring; menyerukan: Beramai-ramai mereka ~ “Hidup Malaysia”. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melaungkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aboyeurpelaungPentadbiran PerniagaanTiadaOrang yang melaungkan pesanan makanan kepada tukang masak sebaik sahaja pesanan diterima daripada pramusaji.
oligarchyoligarkiSains PolitikPolitik PerbandinganBentuk pemerintahan yang dikuasai oleh segolongan elit yang sangat berpengaruh dalam masyarakat. Pemerintahan ini melaungkan idea demokrasi tetapi pada hakikatnya segolongan kecil elit sahaja yang menentukan segala keputusan penting dalam pemerintahan. Walaupun begitu, pemerintahan ini memberi kebebasan kepada orang ramai dan membenarkan kehadiran pembangkang, golongan pendesak, media yang bebas dan perlembagaan yang kukuh. Oligarki tidak semestinya berada dalam sistem pemerintahan demokrasi tetapi juga wujud dalam sistem pemerintahan komunis. Konsep ini dikembangkan oleh Roberto Michels yang menghuraikan fenomena oligarki di Jerman Timur pada era perang dingin.
countbilang; hitungKejuruteraanTiada3. Jumlah terkumpul bilangan kali berlakunya sesuatu peristiwa.,4. Bilangan kali sesuatu suruhan atau rutin atur cara dilakukan, dan digunakan untuk tujuan kawalan.,5. Bergerak dari satu titik ke satu titik yang lain semasa proses bilang bawah atau bilang atas, biasanya dengan melaungkan angka untuk menandai titik tiba.

Kembali ke atas