filter thickener | pemekat turas | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Alat yang digunakan untuk memekatkan buburan pepejal melalui penurasan separa cecair. Buburan yang dituras masih mudah mengalir dan mengandungi cecair. Tujuan unit ini hanya untuk memekatkan buburan pepejal. |
evaporation | penyejatan | Herba | Pemiawaian | Proses memekatkan ekstrak cecair atau akueus tumbuhan herba dengan menggunakan alat penyejat. |
evaporation | penyejatan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Proses memekatkan larutan yang terdiri daripada bahan larutan yang tidak meruap dan pelarut yang mudah meruap dengan menyejatkan sebahagian daripada pelarutnya untuk mendapatkan hasil cecair yang lebih pekat dan wap tersejat yang tidak bernilai. |
rotary evaporator | pengewap putaran | Herba | Fitokimia | Alat yang digunakan untuk memekatkan larutan ekstrak secara putaran dan vakum. Ekstrak yang diisi dalam bekas kelalang dasar bulat yang diputarkan dan pelarut diwapkan dengan bantuan vakum dan pemanasan yang terkawal mengikut kesesuaian pelarut tersebut. |
reverse osmosis | osmosis berbalik | Bioteknologi | Tiada | Teknik yang digunakan untuk memekatkan larutan dengan cara mengalirkan sampel di bawah tekanan melalui sistem yang diliputi oleh membran separa telap. Tekanan akan memaksa air melintasi membran dan mengekalkan molekul besar. |
single effect evaporator | penyejat kesan tunggal | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penyejat yang wap tersejat dibuang apabila hanya satu penyejat digunakan untuk memekatkan sesuatu larutan. Penyejat jenis ini tidak cekap dan biasanya 1 hingga 1.3 kilogram stim diperlukan untuk menyejatkan 1 kilogram air daripada larutannya. |
xylose clearance test | ujian perkumuhan xilosa | Perubatan | Tiada | Ujian untuk mengesan kecekapan ginjal. Ujian ini dilakukan dengan memberikan 50 g xilosa kepada pesakit; jika normal, ginjal berupaya untuk memekatkan xilosa kepada 2.5% dalam masa 2 jam dan mengumuhkan 25% daripadanya dalam masa 24 jam. Jika peratus ini berkurangan maka fungsi ginjal kurang cekap. |
ultrafilter | ultra turas | Bioteknologi | Tiada | Turas yang digunakan untuk memisahkan zarah berkoloid yang kecil. Turas ini mengandungi piring leper atau selaput berbentuk tiub yang bersifat separa telap. Turas ini digunakan untuk memekatkan larutan protein semasa penyediaan enzim. |
falling film evaporator | penyejat saput menurun | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penyejat yang larutan cecair disuapkan di bahagian atas penyejat dan mengalir ke bawah di dalam tiub yang dipanaskan dalam bentuk lapisan saput. Lapisan saput dibentuk dengan menyemburkan larutan cair ke dalam tiub tersebut. Wap biasanya dikeluarkan serentak dengan larutan pekat di bahagian bawah penyejat dan akhirnya dipisahkan. Penyejat ini sesuai untuk memekatkan larutan yang peka terhadap haba. |
agitated film evaporator | penyejat saput teraduk | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penyejat saput menurun yang diubahsuai dengan menambahkan satu tiub berjaket yang mengandungi pengaduk. Larutan cair disuapkan ke bahagian atas jaket dan ditaburkan ke dalam satu lapisan saput yang bergelora oleh pengaduk berbilah tegak untuk meningkatkan kadar pemindahan haba. Penyejat ini sesuai untuk menghasilkan cecair likat dengan kelikatan sehingga 1000 poise pada suhu penyejatan. Larutan pekat dikeluarkan di bahagian bawah jaket dan wap disalurkan ke dalam ruang pengasing. Penyejat jenis ini digunakan untuk memekatkan gelatin, getah, antibiotik, dan jus buah-buahan. Penyejat ini berekonomi tinggi kecuali kos penyenggaraannya tinggi. |