Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngen.dur] | مڠندور

Definisi : menjadi kendur (tidak tegang, keras, kencang, cemas, dll): debaran hatinya mulai ~ dan akhirnya keberaniannya kembali pulih; dawai kabel yg terentang itu ~ sedikit; keadaan tegang yg boleh mencetuskan peperangan itu terasa telah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngen.dur] | مڠندور

Definisi : menjadi kendur; menjadi tidak kencang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kendur (adjektif)
1. Dalam konteks tali, rantai,
bersinonim dengan lentur, landung, landur, lendut, ruai,
Berantonim dengan tegang

2. Dalam konteks kulit
bersinonim dengan berkedut, kecut,
Berantonim dengan tegang

3. Dalam konteks ikatan
bersinonim dengan longgar, tidak ketat, tidak tegang,
Berantonim dengan ketat, tegang

4. Dalam konteks krisis
bersinonim dengan reda, tidak mencemaskan, tidak membahayakan, tidak tegang,
Berantonim dengan tegang

5. Dalam konteks perniagaan
bersinonim dengan lembap, meleset, jatuh, surut, tidak menguntungkan,
Berantonim dengan untung

Kata Terbitan : mengendur, terkendur, kekenduran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
diastolediastolVeterinarPraklinikalPengenduran ventrikel jantung yang dicetuskan oleh nodus sinoatrium (nodus SA). Diastol terbahagi kepada tiga fasa. Pada awal diastol; ventrikel mengendur; injap semilunar tertutup dan injap atrioventrikel terbuka seterusnya ventrikel diisi dengan darah. Pada pertengahan diastol; atrium turut mengendur dan ventrikel terus diisi dengan darah. Pada akhir diastol; atrium mengecut dan ventrikel diisi dengan lebih banyak darah.
diazepamdiazepamPerubatanTiadaTrankuilizer bersifat mengendur otot dan antikonvulsen, diberikan melalui mulut atau suntikan untuk mengurangkan keresahan, ketegangan dalam rawatan epilepsi.
pemulas (Mal)pemulasKesenianTiadaPasak untuk menegang atau mengendur tali rebab.
achalasiaakalasiaSosiologiPembangunan ManusiaKegagalan otot seperti esofagus untuk mengendur.
achalasia of oesophagusakalasia esofagusPerubatanTiadaKegagalan esofagus untuk mengendur.
double haul castlempar serek bergandaPerikananTiadaKaedah melontar tali joran dengan cara mengendur, melepas dan merembat ke arah belakang, dan seterusnya merembat semula ke arah hadapan pada tahap kelajuan yang tinggi. Pada masa yang sama, tali yang dikendurkan akan dilepaskan. Kaedah ini berupaya melontarkan tali pancing ke jarak yang lebih jauh.
accommodation of eyeakomodasi mataKejururawatanTiadaProses penyesuaian kanta untuk melihat objek pada jarak yang berbeza. Ia berlaku apabila otot siliari mengendur, kanta menjadi leper dan ini membolehkan mata memfokus benda-benda yang jauh.
anticholinergicantikolinergikKimiaForensikUbat yang merencatkan tindakan aseti lkolina. Ubat ini mengurangkan spasma otot dalam pundi , paru-paru dan usus. Ubat ini juga mengendur kan otot iris mata, mengurangkan bahan yang dirembeskan oleh perut, paru-paru dan mulut, mengurangkan peluh dan mencepatkan denyutan jantung. Banyak ubat antikolinergik dapat mengurangkan gejala seperti yang berlaku pada penyakit Parkinson, iaitu terketar-ketar walaupun semasa berehat, serta kejang muka dan jari.
arteryarteriKejururawatanTiadaSalur darah yang mengalirkan darah dari jantung ke semua bahagian tubuh. Dindingnya terdiri daripada serat otot licin yang mengecut atau mengendur di bawah kawalan sistem saraf simpatetik.
motor neuronneuron motorVeterinarPraklinikalSel saraf yang menghantar impuls daripada otak dan korda spina kepada otot dan kelenjar. Neuron motor merangsang otot untuk mengecut atau mengendur dan merangsang kelenjar untuk merembes kandungan kelenjar.
12

Kembali ke atas