drafting (law) | menggubal (undang-undang) | Undang-undang | Tiada | Tiada |
drafting section | bahagian menggubal | Undang-undang | Tiada | Tiada |
legislative | legislatif | Sains Politik | Politik Perbandingan | Badan yang terdiri daripada wakil rakyat dan anggota terpilih yang bersidang di dewan perundangan (parlimen) dan bertanggungjawab dalam menggubal dan meminda undang-undang, perlembagaan atau dasar negara. Badan ini dipimpin oleh ketua negara dan merupakan salah satu badan pemerintahan di samping eksekutif dan kehakiman. Badan ini bertanggungjawab menggubal semua dasar negara yang melibatkan pembangunan ekonomi, keselamatan negara dan perpaduan nasional. Ia bersidang mengikut jadual dan anggotanya boleh bertukar secara lantikan atau selepas pilihan raya. Contohnya, Parlimen Malaysia merupakan satu badan legislatif. Sinonim perundangan. |
instructional design | reka bentuk pengajaran | Pendidikan | Tiada | Proses menggubal dan merancang pengajaran secara bersistem dengan meneliti matlamat, kaedah, aktiviti dan hasil pembelajaran yang diharapkan. |
Diet | Diet | Sains Politik | Politik Perbandingan | Badan perundangan yang menggubal undang-undang, dasar dan belanjawan negara Jepun. Badan ini terdiri daripada dua komponen utama iaitu Dewan Penasihat (Sangi-in) yang diklasifikasikan sebagai Dewan Atas dan Dewan Perwakilan (Shugi-in) dikenali juga sebagai Dewan Bawah. Dewan Penasihal terdiri daripada 252 ahli, 152 ahli dipilih dari 11 kawasan pengundian, sementara 100 ahli lagi dipilih melalui senarai tunggal kebangsaan. Keahlian Dewan Penasihat terbuka kepada warganegara Jepun yang berumur 30 tahun ke atas dan setiap ahlinya berkhidmat untuk tempoh enam tahun bagi satu penggal. Dewan Perwakilan pula terdiri daripada 480 ahli yang dipilih untuk tempoh empat tahun sekali, 180 ahli dipilih secara kaedah pemilihan berkadar dari 11 kawasan yang bersifat pelbagai keahlian, sementara 300 ahli dipilih melalui kaedah perwakilan tunggal dari satu kawasan. Keahlian Dewan Perwakilan terbuka kepada warganegara Jepun yang berumur 25 tahun ke atas. Secara hierarki, Dewan Perwakilan lebih berkuasa daripada Dewan Penasihat |
monetary authority | autoriti kewangan | Ekonomi | Tiada | Agensi yang fungsi utamanya telah menggubal dan melaksanakan dasar kewangan melalui kawalan terhadap penawaran wang atau kadar bunga. Antara fungsi lain autoriti tersebut ialah mencetak wang, menjadi penasihat kewangan kepada kerajaan, dan menguruskan hutang negara. Lihat juga dasar kewangan. |
council | majlis | Sejarah | Tiada | Kumpulan orang yang dilantik atau dipilih untuk memberi nasihat, menggubal undang-undang dan melaksanakan rancangan. |
legislative body | badan perundangan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Institusi yang bertanggungjawab untuk membahas, menggubal atau meminda perlembagaan dan undang-undang negara; membincang dan meluluskan belanjawan negara; meluluskan cukai baru; membahaskan dasar dan berbagai keputusan penting yang melibatkan negara. Badan ini terdiri daripada tiga komponen utama iaitu Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Penggubalan rang undang-undang akan melalui Dewan Rakyat, Dewan Negara yang kemudiannya diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. Badan ini dianggotai oleh wakil rakyat atau ahli parlimen. Institusi ini merupakan salah sebuah dari tiga institusi pemerintahan di samping eksekutif dan kehakiman. |
separation of powers | pengasingan kuasa | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pemisahan fungsi legislatif yang menggubal undang-undang, eksekutif yang melaksana undang-undang dan kehakiman yang mentafsir undang-undang dalam pemerintahan negara. Badan legislatif atau Parlimen diletak terpisah dari badan eksekutif dan badan kehakiman. Pemisahan ini perlu kerana kuasa yang tertumpu kepada satu badan atau seorang hanya mendorong kepada penyalahgunaan kuasa. Oleh itu ia perlu dipisahkan kepada badan yang berbeza. Contohnya, amalan pemisahan kuasa seperti yang terdapat di Amerika Syarikat. |
Congress (US) | Kongres (AS) | Sains Politik | Politik Perbandingan | Badan perundangan yang membincangkan dan menggubal undang-undang, dasar dan juga perbelanjaan negara Amerika Syarikat. Badan ini bersifat dwidewan yang terdiri daripada Dewan Perwakilan dan Dewan Senat. Dewan Perwakilan terdiri daripada 435 ahli yang merupakan dewan rendah dan ahIinya dipilih setiap dua tahun sekali. Dewan Senat pula merupakan dewan atas yang terdiri daripada 100 orang ahli yang dipilih untuk tempoh selama 6 tahun. Ahli kedua-dua dewan ini digelar sebagai ahli Kongres. Namun, dari segi adat dan amalan di Amerika Syarikat hanya ahli dewan perwakilan yang biasa digelar sebagai ahli Kongres manakala ahli dewan senat digelar sebagai Senator. |