Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.la.pu.ti] | مڽلاڤوتي

Definisi : menyelubungi, melitupi, mem­­-bungkusi: biji kacang yg kering itu agak keras dan diselaputi kulit biji; bulu susuk yg ~ badan burung; tiap-tiap satu batang logam itu diselaputi lilin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.la.pu.ti] | مڽلاڤوتي

Definisi : ki menjadi sbg selaput pd; melapisi: Bajunya berbelak-belak diselaputi getah pisang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
myelinizationkemielinanSains SukanBiomekanikLapisan yang menyelaputi akson pada neuron bagi membolehkan neuron berfungsi untuk mengkonduksi impuls saraf. Lapisan yang disebut sebagai salut mielin ini menyelaputi struktur akson bagi membolehkan impuls saraf bergerak dengan lebih cepat.
scalpkulit kepalaPerubatanTiadaKulit yang menyelaputi kramium dan di tumbuhi rambut.
endocardiumendokardiumKejururawatanTiadaMembran nipis yang menyelaputi kaviti jantung dan permukaan tisu perantara jantung.
brain capsulekapsul otakPerubatanTiadaMembran yang menyelaputi otak, terdiri daripada dura mater, araknoid mater dan pia mater.
exenteritiseksenteritisPerubatanTiadaKeradangan pada peritoneum yang menyelaputi usus.
amnionamnion/tembuniPerubatanTiadaMembran nipis yang menyelaputi janin dan mengandungi cecair di sekelilingnya.
mucous membranemembran mukusPerubatanTiadaSelaput yang menyelaputi bahagian dalam organ dan mempunyai sel kelenjar yang menghasilkan mukus.
tunicatunikaPerubatanTiadaMembran atau struktur yang menyelaputi anggota atau bahagian badan.
cell walldinding selKimiaBiokimiaDinding yang menyelaputi protoplas prokariot dan sel tumbuh-tumbuhan. Dinding sel tumbuh-tumbuhan terbina daripada selulosa dan lignin yang bersifat separa tegar dan telap.
capsular deciduadesidua kapsularPerubatanTiadaDesidua yang menyelaputi ovum selepas persenyawaan. Desidua ini membesar bersama-sama pertumbuhan ovum.
12345

Kembali ke atas