file compression | pemampatan fail | Teknologi Maklumat | Perisian | Pengurangan saiz sebenar suatu fail dengan menggunakan teknik pemampatan. Contoh perisian pemampatan fail ialah WinZip dan gzip. Pemampatan fail boleh mempercepat kadar penghantaran fail tersebut dalam rangkaian komputer. Fail mampat yang menggunakan WinZip biasanya mempunyai format .zip manakala fail mampat yang menggunakan gzip mempunyai format .gz. |
real-time compression | pemampatan masa nyata | Teknologi Maklumat | Tiada | Proses pemampatan dan penyahmampatan data pantas iaitu tidak ada sela masa yang nyata/ketara untuk pemampatan ketika fail sedang dibuka atau dihantar. Misalnya komputer menggunakan skema pemampatan masa nyata seperti MPEG untuk menghantar isyarat video digital yang bersaiz besar menerusi Internet. |
real-time compression | pemampatan masa nyata | Teknologi Maklumat | Tiada | Proses pemampatan dan penyahmampatan data pantas iaitu tidak ada sela masa yang nyata/ketara untuk pemampatan ketika fail sedang dibuka atau dihantar. Misalnya komputer menggunakan skema pemampatan masa nyata seperti MPEG untuk menghantar isyarat video digital yang bersaiz besar menerusi Internet. |
data compression | pemampatan data | Teknologi Maklumat | Perisian | Proses mengekod maklumat dengan menggunakan jumlah bit yang kecil melalui skema pengekodan tertentu. Pemampatan ini penting kerana kaedah ini secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan penggunaan sumber seperti ruang storan dan mempercepat penghantaran. Pemampatan ini melibatkan teks, imej, suara dan video. Walau bagaimanapun, pemampatan yang agak longgar boleh mengakibatkan data yang dimampatkan mempunyai kualiti yang rendah. Oleh itu, reka bentuk skema pemampatan perlu dilakukan dengan lebih teliti dengan mengambil kira beberapa faktor seperti darjah pemampatan, kebisingan dan herotan yang dihasilkan serta sumber pengkomputeran yang diperlukan untuk memampat dan menyahmampatkan data. Lihat juga ZIP. |
asymmetric compression | pemampatan asimetrik | Teknologi Maklumat | Tiada | Teknik pemampatan fail yang proses penyahmampatannya bukan keterbalikan atau songsangan proses pemampatannya. Teknik ini biasanya memerlukan banyak pemprosesan semasa pemampatan dan amat sedikit pemprosesan semasa penyahmampatan. Contohnya dalam penciptaan CD-ROM, proses pengeluaran memakan masa, sedangkan proses main semula murah dan mudah. |
Production level video (PLV) | Video tahap pengeluaran (PLV) | Teknologi Maklumat | Tiada | Video yang telah ditingkatkan kualiti dan warna imej dengan menggunakan algoritma pemampatan asimetrik. Lihat pemampatan asimetrik. |
isothermal compression | pemampatan isoterma | Fizik | Mekanik | Pemampatan yang berlaku pada suhu yang tetap. |
isothermal compression | pemampatan isoterma | Fizik | Haba | Pemampatan yang dilakukan pada suhu malar. |
video compression | pemampatan video | Teknologi Maklumat | Tiada | Teknik pemampatan video untuk mengecilkan saiz fail video. |
adaptive compression | pemampatan boleh suai | Teknologi Maklumat | Tiada | Perisian pemampatan yang berterusan menganalisis dan mengubahsuai algoritma pemampatannya mengikut media storan, jenis dan kandungan data. |