secondary screening | penyaringan sekunder | Bioteknologi | Tiada | Penyaringan semula dengan menggunakan medium atau keadaan pengkulturan khusus yang membolehkan strain-strain berpotensi mengekspresikan ciri genetik tertentu ke arah pembentukan hasil yang penting dalam jumlah yang tinggi. Penyaringan ini dilakukan untuk meneliti aktiviti menarik yang terdapat pada mikroorganisma yang dipilih daripada penyaringan primer. |
negative screening | penyaringan negatif | Biologi | Patologi | Penyaringan yang dilakukan dengan cara menguji dan mengetepikan atau membuang sesuatu berdasarkan ciri yang tidak baik. bd. penyaringan positif. |
negative-positive rule | peraturan negatif-positif | Biologi | Patologi | Penyaringan untuk memperoleh perumah yang tahan terhadap sesuatu penyakit, dengan melakukan penyaringan positif sebelum tumbuhan berbunga, dan/atau diikuti dengan penyaringan negatif setelah tumbuhan dituai. |
primary screening | penyaringan primer | Bioteknologi | Tiada | Penyaringan yang dilakukan untuk mengesan dan memencilkan mikroorganisma yang berpotensi menghasilkan sesuatu bahan yang ditingkatkan hingga ke peringkat komersial. Kaedah yang lazim digunakan adalah secara piring sebaran yang menggunakan sampel tanah di atas medium memilih. |
high-throughput screening (HTS) | penyaringan keupayaan celusan tinggi (HTS) | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah penyaringan sebatian berpotensi daripada perpustakaan sebatian kimia dalam pencarian ubat-ubatan baharu menggunakan kaedah perkomputeran. |
herbal screening | penyaringan herba | Herba | Pemiawaian | Pemilihan tumbuhan herba yang mempunyai sebatian kimia dan aktiviti biologi yang boleh digunakan dalam perubatan. Penyaringan herba dilakukan secara analisis kualitatif dan kuantitatif. |
herbal straining | penyaringan herba | Herba | Tiada | Kaedah untuk mengasingkan bahan herba berzarah besar daripada cecair ekstrak dengan cara melalukan cecair menerusi medium berturas tenun atau plug berkapas. Contohnya penyaringan serbuk daun teh atau kopi. Sinonim penurasan kasar. |
screening test | ujian penyaringan | Sains Forensik | Tiada | Ujian yang digunakan untuk menilai kemungkinan sesuatu sampel mengandungi bahan tertentu dengan cepat dan mudah. Contohnya, semburan luminol digunakan untuk menilai kemungkinan kehadiran darah pada permukaan sekeping permaidani. Ujian penyaringan adalah tidak spesifik dan biasanya kesahihan ujian boleh diteruskan dengan suatu ujian pengesahan. |
random screening | penyaringan rawak | Herba | Fitokimia | Penilaian ke atas sumber biologi bagi memilih sampel yang berkebarangkalian tinggi memberikan keputusan positif terhadap sasaran tanpa berpandukan sebarang maklumat mengenai sampel yang dikaji. Kaedah ini digunakan sekiranya bilangan sampel terhad. Banding penyaringan berpandukan maklumat. |
information-based screening | penyaringan berpandukan maklumat | Herba | Fitokimia | Penilaian ke atas sumber biologi bagi memilih sampel yang berkebarangkalian tinggi memberikan keputusan positif terhadap sasaran. Penilaian ini berasaskan maklumat yang relevan seperti taksonomi, kemotaksonomi, etnobotani, etnofarmakologi dan sorotan kepustakaan. Pendekatan ini biasanya diguna pakai dalam aktiviti pencarian bahan bernilai daripada sumber biologi, contohnya, mencari ubat-ubatan baru daripada tumbuhan ubatan tradisional kaum orang asli. Pendekatan ini mempunyai kelebihan dari segi peluang untuk mencapai sasaran yang tinggi. Banding penyaringan rawak. |