Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ru.pu/] | ڤروڤوق

Definisi : sj ikan laut, Pellona spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ru.pu/] | ڤروڤوق

Definisi : sj tumbuhan (pokok) dlm famili Calastraceae, keruih, tinjau tasik, Lophopetalum spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perupuk


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
perupukperupukPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Lophopetalum spp. daripada famili Calastraceae. Nama tempatannya di Semenanjung keruih dan tinjau tasik. Spesies utamanya termasuk Lophopetalum javanicum dan L. floribundum. Gubal kayu perupuk berwarna lebih muda dan sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna kuning atau coklat kekuningan apabila kering, dan berwarna merah jambu semasa basah. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 480 hingga 640 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah dikerjakan , dikemas siap, dan dikeringkan, dengan cacat yang sedikit. Ketahanan semula jadi kayu perupuk adalah rendah, dan kayu ini digunakan untuk hiasan dalaman, dinding, papan lapis, perabot, dan kotak.
balik anginbalik anginPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Mallotus spp. daripada famili Euphorbiaceae. Nama lain di Semenanjung termasuk perupuk dan serapuh, di Sabah termasuk selung apid dan ulas, dan di Sarawak termasuk ensai dan singi. Spesies utama kayu ini termasuk Mallotus leucordemis, M. miquelianus, M. muticus, dan M. wrayi. Gubal kayu balik angin berwarna jerami, dan tidak berbeza daripada warna teras kayunya. Tekstur kayunya agak keras dan sekata dengan ira yang lurus. Kayu jenis ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 370 hingga 815 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut hingga agak sederhana keras, dan daripada ringan hingga berat. Kayu balik angin tidak tahan, tetapi mudah diawet dan digunakan dalam pembuatan mancis api, penyepit makanan, terompah, kotak kayu, dan juga untuk membuat pulpa dan kertas.
mata ulatmata ulatPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Kokoona spp. daripada famili Celastraceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah perupuk, dan di Sarawak ialah bajan. Spesies utamanya termasuk Kokoona littoralis, K. ochracea, dan K. reflexa. Gubal kayu mata ulat berwarna lebih muda daripada teras kayunya, yang biasanya berwarna coklat kekuningan. Ira kayunya bersimpul dan tekstur kayunya agak halus dan tidak sekata, kerana mempunyai jalur parenkima yang tebal. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 895 hingga 1055 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Kayu mata ulat mudah diproses dan dikeringkan, sederhana tahan tetapi sukar diawet. Kayu ini yang diawet, sesuai digunakan untuk membuat rasuk, perabot, lantai parket, dan rangka pintu dan tingkap.

Kembali ke atas