Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[piu.ter] | ڤيوتر

Definisi : 1. aloi yg mengandungi timah (80– 90%), plumbum (10–20%), dan kadangkala logam-logam lain spt kuprum dan antimoni; 2. barangan spt pinggan mangkuk, barang hiasan, dll yg diperbuat drpd logam 1. di atas: kole ~; piring ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[piu.ter] | ڤيوتر

Definisi : 1 pancalogam timah dgn plumbum (kadang-kadang dicampurkan juga kuprum dan antimoni) yg berwarna kelabu kebiru-biruan dan digunakan utk membuat barang-barang perhiasan rumah dsb. 2 barang-barang yg dibuat drpd piuter 1. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata piuter


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pewterpiuterKesenianTiada1. Aloi yang mengandung timah dalam komponen asasnya.,2. Benda-benda hiasan atau pinggan-mangkuk yang dibuat daripada piuter.
pewterpiuterPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
pewterpiuterPentadbiran PerniagaanTiada1. Aloi yang mengandung timah dalam komponen asasnya.
stannumstanumKimiaTiadaUnsur logam dalam kumpulan IVA (atau 14) jadual berkala, simbol sn, nombor atom 50, berat atom 118.69, nombor pengoksidaan +2 dan +4, takat lebur 232°C, takat didih 2260°C, berbentuk pepejal mulur berwarna putih perak (bentuk beta) yang bertukar (prosesnya terlalu perlahan) kepada pepejal rapuh berwarna kelabu (bentuk alfa) apabila suhu kurang daripada 18°C, larut di dalam asid dan larutan kalium hidroksida panas tetapi tidak larut di dalam air dan terdapat 10 isotop yang stabil. unsur ini diekstrak daripada bijih timah (kasiterit). Stanum digunakan untuk membuat piuter, gangsa, bahan kimia dan digunakan dalam proses pengimpalan. Sesetengah bahan terbitan stanum mempunyai sifat racun kulat dan racun serangga. Nama umumnya ialah timah.

Kembali ke atas