Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata practices


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
work practicesamalan kerjaPentadbiranTiadaCara kerja yang ditetapkan untuk sesebuah syarikat.
agromanagement practicesamalan pengurusan pertanianPertanianAgroteknologiSistem pengurusan pertanian yang boleh memberikan pulangan terbaik, selain dapat memelihara keadaan kawasan pertanian berkenaan. Bagi pengurusan tanaman contohnya, amalan ini termasuklah penggunaan varieti terpilih, penyediaan tanah yang sesuai dan waktu penanaman yang optimum. Amalan ini termasuk juga pengurusan rumpai, penyakit dan makhluk perosak, sistem pengairan, pembajaan, penuaian, dan pengurusan lepas tuai. Bagi pengurusan ternakan, amalan ini termasuk penggunaan baka yang sesuai, pemakanan yang baik, dan perumahan ternakan yang bersih.
Fair Employment Practices CommisionSuruhanjaya Amalam Adil Mengambil PekerjaSejarahTiadaTiada
restrictive trade practices policydasar amalan perdagangan terbatasEkonomiTiadaDasar kerajaan untuk mengawal amalan perdagangan secara terbatas oleh firma tunggal atau sekumpulan firma yang bersepakat kerana kemungkinan kesan negatif daripada tindakan anti persaingannya.
unfair labour practicesamalan buruh tak adilPentadbiranTiadaKelakuan majikan atau kesatuan yang melanggat peruntukan dalam akta hubungan pekerja.
restrictive trade practices policydasar amalan perdagangan terbatasEkonomiTiadaTiada
good aquaculture practicesamalan akuakultur baikPertanianAgroteknologiGaris panduan, kaedah dan peraturan untuk menghasilkan produk akuakultur yang selamat dimakan dan berkualiti, dikeluarkan tanpa memudaratkan persekitaran dan kebajikan haiwan, serta mematuhi keperluan keselamatan dan kesihatan pekerja. Di Malaysia, amalan ini digalakkan melalui Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM) yang diperkenalkan pada tahun 2005 oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Skim ini meliputi sistem ternakan akuakultur, kolam, sangkar, tangki, panti benih, dan sistem pengeluaran rumpai laut.
good hygiene practicesamalan kebersihan baikPertanianAgroteknologiGaris panduan, kaedah dan peraturan untuk memastikan produk makanan yang terhasil dalam rantaian pengeluaran daripada ladang kepada pengguna adalah selamat untuk kesihatan. Amalan ini termasuk keselamatan semasa peringkat pascatuai, pengangkutan, pemprosesan dan pembungkusan. Aspek-aspek yang dipentingkan ialah kebersihan, pelupusan bahan sisa, pengelakan daripada pencemaran, dan penggunaan bahan-bahan terkawal seperti bahan pengawet.
good agricultural practicesamalan pertanian baikPertanianAgroteknologiSistem pengurusan sumber dalam pengeluaran pertanian secara baik dan lestari. Sistem ini dapat meningkatkan produktiviti ladang serta menghasilkan makanan yang selamat dan berkualiti dengan mengambil kira kebajikan, keselamatan dan kesihatan pekerja serta memelihara alam sekitar. Di Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah memperkenalkan satu skim, iaitu Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) yang merupakan skim pensijilan bagi memastikan pengusaha mengamalkan amalan pertanian yang baik dalam semua aktiviti di ladang. Aktiviti-aktiviti ini termasuklah pemilihan kawasan, penyediaan tanah, pengeluaran, penuaian dan pengendalian pascatuai.
good manufacturing practices (GMP)amalan pengilangan baikMakanan dan PemakananTeknologi MakananPeraturan am untuk semua bahagian pemprosesan dan pengendalian makanan yang meliputi kawasan kilang, bangunan, peralatan dan tempat pemprosesan. Amalan ini merangkumi aspek kebersihan dan sanitasi, kesihatan pekerja serta amalan baik yang perlu dipraktikkan dalam setiap peringkat pengeluaran makanan.
12

Kembali ke atas