Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata psikologikal


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
psychological dependencekebergantungan psikologikalPerubatanTiadaPengambilan ubat secara berterusan bagi mendapatkan kebaikan fizikal dan mental. Kebergantungan psikologikal boleh berlaku pada mana-mana ubat walaupun ubat tersebut tidak mempunyai kesan terus kepada minda. Contoh ubat yang boleh mendapatkan kebergantungan psikologikal ialah marijuana, laksatif dan analgesik.
battered women syndromesindrom wanita teraniayaKriminologiKeadilan JenayahSatu keadaan psikologikal yang biasanya dialami oleh wanita yang menjadi mangsa penderaan oleh pasangannya sendiri. Antara kesan psikologikal yang serius ialah mangsa melakukan tindak balas kekerasan terhadap pasangannya.
addictedketagihSains KesihatanTiadaKeadaan kebergantungan seseorang secara fizikal atau psikologikal kepada sesuatu bahan seperti alkohol atau dadah.
atmospheresuasanaKesusasteraanTiadaKesan yang dicipta dan dipertahankan dalam sesebuah karya sastera untuk menimbulkan persekitaran emosi yang tertentu. Kesan ini diperoleh melalui penggunaan dialog, latar, pemerian dan sebagainya serta menggabungkan perincian fizikal dan psikologikal. Suasana bertujuan untuk membangkitkan rasa dan nada yang menyelubungi sesebuah karya secara menyeluruh seperti suasana nestapa yang meruntum, suasana marah yang mengelodak, atau suasana seram yang meremangkan. Sekiranya ditangani dengan baik, suasana yang dibangkitkan itu dapat dirasakan sebagai suatu kehadiran yang ketara untuk memperhebat karya. Suasana berasal daripada perkataan Yunani atmosphere yang bermaksud �gumpalan wap�. Lihat juga mood.
verbal bullyingbuli lisanKriminologiKeadilan JenayahTingkah laku yang disengajakan untuk menyakiti mangsa melalui percakapan atau ejekan. Biasanya tindakan ini melibatkan dua pihak, niat seseorang pembuli dan berlaku secara berulang. Tindakan ini boleh menyebabkan kesan psikologikal dalam diri mangsa. Contohnya, mengecam bentuk fizikal badan (kecam badan) atau ejekan nama seseorang.
criminal bullyingbuli jenayahKriminologiKeadilan JenayahTindakan agresif yang disengajakan dan berulang, sama ada dari segi fizikal, psikologi, lisan dan seksual yang dilakukan oleh seorang atau sekumpulan individu terhadap mangsa yang tidak dapat mempertahankan dirinya sehingga mengakibatkan kecederaan fizikal atau psikologikal pada mangsa.
learned helplessnessketakupayaan dipelajariPsikologiPsikologi UmumKetakupayaan yang diperoleh individu atau haiwan melalui pengalamannya yang tidak dapat mengatasi halangan atau rangsangan yang menekankan atau menyakitkan. Contohnya, anjing diletakkan dalam kotak yang diberi kejutan elektrik tanpa ada peluang untuk melepaskan diri sehingga pada akhirnya anjing itu melolong, mendekam dan merengek kesakitan. Keadaan psikologikal ini dialami oleh individu apabila mereka tidak lagi mempunyai harapan untuk mengelakkan diri daripada penderitaan yang memeritkan. Kanak-kanak sekolah boleh mengalami keadaan ini sekiranya mengalami kegagalan yang berulang kali. Kemurungan ialah salah satu kecelaruan psikologi yang diakibatkan oleh ketakupayaan dipelajari. Tingkah laku seperti mengkritik diri sendiri, pemikiran negatif atau kegagalan diri juga dikatakan berkait rapat dengan fenomena ini.
theater of crueltyteater kekejamanKesusasteraanTiadaTeater yang mementaskan aksi ganas dan kejam. Tujuan pementasan adalah untuk mengejutkan khalayak, iaitu apa yang terpendam dalam lapisan bawah sedar khalayak dapat dilepaskan. Teater kekejaman dimulakan oleh Antonin Artaud pada tahun 1930-an. Teater ini memberikan kesan ke atas deria manusia untuk membolehkan mereka memecahkan sekatan psikologikal yang mengongkong kehidupan serta pemikiran. Teater kekejaman menggunakan pelbagai teknik seperti kesan cahaya yang menyilau, mimos, serta aksi yang sensasi dan dahsyat. Contohnya, drama oleh Peter Wiess berjudul Marat/Sade.
the Diagnostic and Statical Manual of Mental Disorders (DSM-IV-TR);Manual Statistik dan Diagnostik Kecelaruan Mental (DSM-IV-TR)PsikologiPsikologi UmumManual kecelaruan mental yang digunakan untuk mengenal pasti atau mendiagnosis jenis tingkah laku abnormal secara lebih sistematik. Manual Statistik dan Diagnostik Kecelaruan Mental terdiri daripada empat edisi yang diterbitkan oleh American Psychiatric Association untuk mengklasifikasikan kecelaruan psikologikal bagi tujuan pendiagnosisan untuk mencari terapi yang terbaik. Manual ini ialah versi terkini yang bukan sahaja satu dokumen saintifik tetapi juga dokumen sosial. Mengikut manual ini, kebanyakan kecelaruan psikologi sebahagiannya adalah berpunca daripada masalah biologi, masalah sosial dan penyalahgunaan dadah. Antara kecelaruan yang disenaraikan termasuklah kecelaruan psikotik, kehilangan rasa hati, keresahan, somatoform, disosiatif, gangguan personaliti, masalah identiti seksual dan gender, kecelaruan mental atau kognitif dan tabiat makan.
fantasticfantastikKesusasteraanTiadaKeadaan atau sifat fiksyen yang mencampuradukkan dunia nyata dengan dunia khayalan. Pembaca, pencerita, dan protagonis berasa tercabar untuk membezakan sempadan antara kedua-duanya. Todorov yang menulis buku bertajuk The Fantastic (1973) berpendapat bahawa naratif fantastik melibatkan pembaca yang berada dalam ketidaktentuan, sama ada mereka memilih penerangan ghaib seperti dalam cerita Marvellous atau penerangan psikologikal seperti dalam cerita Uncanny. Kesusasteraan fantastik berkembang maju pada abad ke-19, khususnya melalui cerita-cerita hantu karya Henry James dalam The Turn of the Screw (1898).
12

Kembali ke atas