Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rém.bés] | ريمبيس

Definisi : (rémbés) II Jw sj penyakit mata (tepi mata merah dan berair). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rém.bés] | ريمبيس

Definisi : (rémbés) I; merembes 1. meresap masuk atau keluar (barang cair spt air dll), menitis, tiris: air matanya masih ~ keluar dgn tidak berhenti-hentinya; 2. menyeludup (dgn diam-diam), menyusup: ia kagum melihat aliran sosialisme radikal mulai ~ ke tanah airnya; pasukan gerila ~ masuk kota; merembeskan mengalirkan keluar (air mata, hormon, enzim dsb); rembesan 1. aliran (air mata dll), titisan: dia berusaha memahami ~ air matanya, dia tidak mahu mengalah pd emosinya; 2. (Bio) sebarang bahan spt peluh, enzim, dan air liur yg dihasilkan oleh sel atau kelenjar tubuh utk melakukan fungsi tertentu; perembesan 1. (Bio) proses menghasilkan rembesan; 2. penyusupan: buku dan surat khabar, idea, dll yg telah menerobos atau dlm proses ~ masuk ke dlm negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rém.bés] | ريمبيس

Definisi : Jk rembes (meresap masuk atau ke­luar). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rém.bés] | ريمبيس

Definisi : /rémbés/ sj penyakit mata (tepi mata menjadi merah dan berair). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[rém.bés] | ريمبيس

Definisi : ; merembes 1 meresap masuk atau keluar (bkn benda cair). 2 menyusup (dgn diam-diam). merembeskan mengeluarkan bahan (cair) dr sel, kelenjar dsb: Hempedu dirembeskan dr hati utk menolong menghancurkan makanan. rembesan bahan yg dirembeskan. perembesan 1 perihal (proses dll) merembeskan. 2 penyusupan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rembes
Kata Terbitan : merembes,

Peribahasa

Madu satu tong jika rembes;
     rembesnya madu juga.

Bermaksud :

Jika asalnya naik, maka turunannya pun baik juga. rembes = meresap keluar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
intercalary cellsel interkalariPerubatanTiadaStruktur seperti rod, berwarna gelap, di antara sel rembes dan bukan rembes endosalpinks.
secreterembesPerubatanTiadaMenghasilkan dan mengeluarkan bahan kimia daripada kelenjar.
bleedberdarah; jujuh; rembesKejuruteraanTiadaTiada
bleedberdarah; jujuh; rembesPerubatanTiada3. Berdarah: Aliran darah dari tisu ke luar, akibat kecederaan kapilari, arteri atau vena.
secretory organorgan rembesPerhutananTiadaTiada
bleedberdarah; jujuh; rembesPerubatanTiadaTiada
bleedberdarah; jujuh; rembesGeografiTiadaTiada
bleedberdarah; jujuh; rembesPertanianTiadaTiada
bleedberdarah; jujuh; rembes; santakKesenianTiada1. Santak: Penyerapan warna dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain.,2. Santak: Teknik membuat ilustrasi yang melampaui pinggir halaman yang dirancang.
folliculusfolikulusPerubatanTiada1. Folikel,2. Istilah umum bagi kantung atau kelenjar rembes.
12

Kembali ke atas