Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ringkasnya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aglyconeaglikonHerbaFitokimiaBahagian molekul sebatian glikosida yang kehilangan unit gula ringkasnya apabila sebatian glikosida ini melalui proses hidrolisis. Lihat juga glikosida.
systematic namenama bersistemKimiaTiadaNama sebatian kimia yang diterima dan disahkan oleh Kesatuan Antarabangsa bagi Kimia tulen dan Gunaan (International Union of Pure and Applied Chemistry, ringkasnya IUPAC) yang memberikan maklumat tentang struktur bahan tersebut. Misalnya, ferum(III) oksida, Fe2O3, plumbum (IV) oksida, PbO2 dan etanol, CH3-CH2OH yang akhiran –olnya menunjukkan kewujudan kumpulan hidroksil, -OH.
sample spaceruang sampelMatematikTiadaSet yang mengandungi kesemua kemungkinan kesudahan daripada uji kaji rawak. Setiap kesudahan dalam sesuatu ruang sampel dinamakan unsur atau ahli ruang sampel tersebut atau ringkasnya titik sampel. Misalnya, dalam uji kaji melambung duit syiling sekali, kepala `K’ dan ekor `E’ merupakan kesemua kemungkinan kesudahan uji kaji tersebut, Set S = {K, E} merupakan ruang sampel bagi uji kaji melambung duit syiling itu.
impulsedenyutKejuruteraanKejuruteraan MekanikHasil darab daya yang bertindak terhadap sesuatu jasad dengan jangka masa tindakan itu terjadi. Hasil darab ini bersamaan dengan perubahan momentum yang dihasilkan oleh daya dalam sela masa tersebut. Ringkasnya denyut boleh disebut sebagai ukuran jumlah kekuatan dan tempoh masa daya dikenakan kepada jasad. Unit ukuran ini ialah newton saat atau N.s.
ruba�iruba�iKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang terdiri daripada dua bait, mengandungi empat misrak, satu wazan dan satu qafiyah (rima). Ada dua jenis ruba�i. Pertama, ketiga-tiga misraknya (1,2 dan 4) mempunyai qafiah yang yang sama, dan kedua, keempat-empat misraknya mempunyai qafiyah yang sama. Ringkasnya, skema qafiyahnya ialah a,a,b,a dan a,a,a,a. Keempat-empat misrak ini ditulis dalam dua bait, dan disebut du-bayt (dua bait). Ruba�i mempunyai keistimewaan kerana mengandungi makna falsafah yang khusus. Setiap ruba�i mengandungi makna yang tersendiri, bebas, tidak berkaitan dengan ruba�i sebelum atau sesudahnya. Contoh ruba�i Parsi karya Abu Sa�id-i Abu al-Khair: Ranj mardum zi bishi o pisist, Rahat o anymani zi darvishist, Barguzin zin jaha o bas, Garat badanish o khard khishist. Ruba�i ini diterjemahkan oleh Prof. Dr Bukhari Lubis: Insan terseksa cinta kekayaan ketinggian, Ketegangan kebahagian dalam kedarwisan, Pilih yang satu dari alam ini, berpada, andai dirimu dihiasi ilmu dan kebijaksanaan.
units of measurement systemsistem unit ukuranMekanikGunaanPerangkat unit ukuran yang digunakan untuk mengukur kuantiti fizikal jirim. Ada berbagai-bagai sistem unit ukuran yang digunakan dalam ilmu mekanik. Misalnya, di Britain sistem fps (feet, pounds dan second) digunakan manakala negara Eropah yang lain menggunakan sistem metrik. Mulai tahun 1960, kebanyakan negara telah bersetuju untuk menggunakan suatu versi moden bagi sistem metrik, dan sistem ini dinamai Sistem Unit Antarabangsa (ringkasnya unit S.I.). lihat juga sistem unit antarabangsa.
line of actiongaris tindakanMekanikGunaan1. Garis tak terhingga yang di sepanjangnya sesuatu vektor bertindak. Misalnya, garis tindakan bagi momen ialah paksi momen yang berkenaan. 2. Garis tak terhingga yang sekena dengan londar titik sentuh bagi sepasang gigi gear. bagi gear involut, garis ini boleh digambarkan oleh seutas benang yang hujungnya terlilit pada bulatan-bulatan asas gear yang berkenaan. Jika geseran diabaikan, maka daya yang dikenakan oleh gear pemacu pada gear terpacu bertindak di sepanjang garis ini. Ringkasnya, garis tindakan bagi gear ialah garis tindakan bagi daya pemacuan gear.

Kembali ke atas