rhizome | rizom | Herba | Tiada | Batang berisi yang tumbuh secara mendatar di dalam tanah dan menjadi organ penyimpanan makanan. Rizom bertindak sebagai agen pembiakan tampang (vegetatif). Rizom utuh dalam bentuk kering atau segar digunakan sebagai bahan mentah herba selepas diracik, dikisar atau diserbukkan. Contohnya, rizom kunyit, rizom halia, rizom lengkuas dan rizom temu lawak. |
rhizome | rizom | Herba | Botani dan Bioteknologi | Batang tumbuhan yang tumbuh mendatar di bawah tanah. Rizom menjalankan fungsi yang sama seperti batang kerana menghasilkan tunas. Bahagian ini dianggap sebagai akar kerana berada di dalam tanah. Akar sebenar keluar daripada rizom. Contohnya, halia (Zingiber officinale), kunyit (Curcuma domestica), lengkuas (Alpinia galanga) dan lalang (Imperata cylindrica). |
Rizom | Rhizome | Pertanian | Tiada | Batang yang tumbuh mendatar di bawah permukaan tanah, mempunyai ruas, buku dan mata tunas. Bahagian ini merupakan tempat simpanan makanan yang dihasilkan oleh pokok dan boleh tumbuh semula untuk menghasilkan tumbuhan baru. Ia juga boleh digunakan sebagai bahan pembiakan pokok. Contohnya kunyit, halia, temu dan lengkuas. |
rhizome | rizom | Herba | Pemiawaian | Batang yang menegak di bawah tanah. Rizom tumbuhan herba seperti halia (Zingiber officinale), lempoyang (Zingziber zerumbet) dan kunyit (Curcuma longa) lazimnya digunakan dalam perubatan. |
rhizom | rizom | Botani | Tiada | Batang yang mendatar di bawah tanah yang biasanya menebal, mempunyai ruas dan buku serta tunas di celah sisik daun. Pada buku rizom kadangkala terdapat akar adventitius. Contohnya, halia, kunyit dan lalang. |
rhizome | rizom | Biologi | Histologi dan Sitologi | Bahagian batang yang tebal dan mendatar, biasanya di dalam tanah, yang boleh mengeluarkan pucuk dan akar sebagai anak, iaitu membiak secara vegetatif. Rizom bertindak sebagai organ penyimpan makanan. Contohnya, halia dan lengkuas. |
Acorus calamus | Jerangau | Pertanian | Tiada | Tumbuhan ini dalam famili Acoraceae. Ia tidak berbatang dan mempunyai rizom. Daun tersusun pada satu satah, berbentuk panjang sehingga 1 m dan meruncing di hujung. Jambak bunga jenis spadiks berwarna hijau. Pokok herba jenis saka ditanam di kawasan lembap. Asap daripada rizom kering yang dibakar dihidu untuk merawat lelah. Rizom yang telah dilumatkan bersama halia dilumur pada badan untuk rawatan lepas bersalin. Air rebusan pokok diminum sebagai tonik lepas bersalin. Air rebusan akar diminum untuk merawat haid berlebihan, demam dan selsema, sakit perut, cirit-birit dan buang angin. Rizomnya mengandungi minyak pati dengan sebatian utama seperti fenilpropana, monoterpina dan sesquiterpinoid. Sebatian ß-asaron yang juga terdapat dalam tumbuhan ini dilaporkan bersifat karsinogenik yang boleh mengakibatkan barah. |
antidyspeptic | antidispepsia | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang dapat melegakan atau mengurangkan rasa sakit atau senak pada bahagian perut. Contohnya, ekstrak rizom kunyit (Curcuma longa) dan rizom lempoyang (Zingiber zerumbet) yang bersifat antidispepsia. |
rheumatoid arthritis | artritis reumatoid | Herba | Pemiawaian | Sejenis penyakit yang berkaitan dengan reumatisme. Contoh herba yang dapat merawat penyakit artritis reumatoid ialah ekstrak rizom halia (Zingiber officinale) dan rizom kunyit (Curcuma longa). Lihat juga reumatisme. |
Zingiber officinale | halia | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis herba saka dalam famili Zingiberaceae. Tumbuhan ini mudah tumbuh di tanah pamah hingga tanah tinggi. Halia mempunyai rizom dalam tanah berwarna kekuning-kuningan dan beraroma. Daunnya berbentuk lanseolat, jambak bunganya tumbuh dari rizom dan berwarna hijau, dan bunganya berwarna merah. Rizomnya berbau manis, kuat dan pedas. Halia dimakan untuk mengubati loya, mabuk hamil, mabuk laut, senggugut, masalah penghadaman, sakit perut, sakit sendi, meningkatkan perpeluhan dan memanaskan badan. Rizomnya digunakan secara luaran untuk merawat sakit sendi dan sakit kepala. Halia yang dimakan berlebihan boleh menggugurkan kandungan. Halia juga digunakan sebagai perisa dalam pembuatan jus, biskut, kek dan sebagai rempah dalam masakan. Minyak patinya digunakan sebagai pewangi. Hirisan halia muda dimakan mentah sebagai ulam. |